Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

NEGATIVE

29 Results / Page 2 of 4

Buletin

48 pelajar SMK Tulid dikuarantin

Keningau: Seramai 48 pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tulid, di sini, dikuarantin selepas menjadi kontak rapat kepada seorang guru sekolah itu yang disahkan dijangkiti Covid-19. Difahamkan, pelajar terbabit dibawa ke Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) Institut Pendidikan Guru (IPG) Keningau, di sini, untuk menjalani saringan dan kuarantin pada jam 3 petang semalam. Guru sekolah berkenaan disahkan positif pada hari sama semalam selepas menjalani ujian... Klik untuk […]

today23 January 2021

Buletin

Pesuruhjaya PAS Terengganu positif Covid-19

Kuala Terengganu: Pesuruhjaya PAS negeri, Senator Datuk Husain Awang disahkan positif Covid-19, hari ini. Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Muhyiddin Abdul Rashid berkata, Husain yang juga Ahli Dewan Negara kini berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Setiu (HS). "Beliau berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang gejala," katanya. Muhyiddin yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar meminta seluruh rakyat berdoa agar Husain dilindungi Allah dan dikurniakan... Klik untuk baca […]

today23 January 2021

Buletin

Setiu dan Kuala Nerus kini zon merah Covid-19

Kuala Terengganu: Setiu dan Kuala Nerus menjadi daerah terbaru dikategorikan sebagai zon merah Covid-19, hari ini. Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengesahkan daerah Setiu kini mencatatkan sebanyak 46 kes dan Kuala Nerus sebanyak 67 kes positif Covid-19. Kes aktif Covid-19 di Kuala Terengganu, Dungun dan Besut yang sejak dua minggu lalu dikategorikan sebagai zon merah terus melonjak. Berdasarkan situasi terkini pandemik Covid-19 dikeluarkan hari ini, daerah Kuala Terengganu... Klik untuk […]

today23 January 2021

Buletin

Kes baharu Covid-19 di Perlis dijangka meningkat

Kangar: Kerajaan Perlis menjangkakan jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 di negeri itu terus meningkat. Ini berikutan buat kali pertama sejak penularan pandemik berkenaan di negara ini pada tahun lalu, Perlis merekodkan jumlah jangkitan kes baharu Covid-19 sebanyak 114 kes semalam. Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, jumlah penularan berkenaan diperolehi berdasarkan 153 individu yang sudah disaring oleh pihak berkuasa kesihatan. "Saya menjangkakan jumlah ini akan terus meningkat... Klik untuk […]

today19 January 2021

Buletin

Adun Dengkil positif Covid-19 | Harian Metro

Dengkil: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dengkil, Adhif Shan Abdullah mengesahkan beliau positif Covid-19 dan akan dirawat di hospital esok. Beliau berkata, pada mulanya beliau membawa pemandu peribadi ke klinik semalam selepas mendapati dia demam sejak dua hari lalu dan ujian Covid-19 menunjukkan keputusan positif hari ini. Katanya, beliau seterusnya membuat pemeriksaan pada hari sama dan didapati positif walaupun tiada sebarang simptom demam atau batuk. "Saya juga sudah mengarahkan... Klik […]

today26 December 2020

Buletin

Covid-19: Angsana Johor Bahru Mall ditutup seminggu

Johor Bahru: Pusat beli-belah, Angsana Johor Bahru Mall, di sini, diarah ditutup tujuh hari bermula jam 8 malam ini sehingga 14 Disember depan berikutan penularan wabak Covid-19 di premis berkenaan. Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, arahan penutupan pusat beli-belah itu diputuskan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) selepas menilai risiko penularan wabak dan situasi semasa. Sehubungan itu, Dr Aman berkata, semua pekerja dan kakitangan bertugas di pusat beli-belah […]

today7 December 2020

Buletin

734 kakitangan kesihatan di Sabah dijangkiti Covid-19

Kota Kinabalu: Seramai 734 anggota barisan hadapan dalam kalangan kakitangan kesihatan di Sabah dijangkiti Covid-19 setakat hari ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu seramai 85 orang atau 11.6 peratus masih positif Covid-19. "Seramai 666 orang atau 89 peratus dilaporkan sudah sembuh setakat ini, manakala seramai 490 orang masih dalam kuarantin," katanya pada sidang media perkembangan semasa Covid-19 Sabah, di sini, malam... Klik […]

today26 November 2020

Buletin

Hadir majlis kahwin, tempat tinggal sesak faktor jangkitan tempat kerja

Kuala Lumpur: Menghadiri majlis perkahwinan dan tempat penginapan pekerja warga asing yang sesak antara faktor berlaku jangkitan Covid-19 di tempat kerja. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan di tempat kerja ini bukan kali pertama berlaku kerana ketika gelombang kedua pun sudah banyak kes jangkitan di tempat kerja. Menurutnya, melalui penyiasatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) misalnya, petugas kesihatan mendapat jangkitan Covid-19 dalam... Klik untuk baca artikel […]

today13 November 2020

Buletin

Covid-19: Enam kluster baharu dikesan

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan enam kluster baharu Covid-19 di Sabah, Lembah Klang, Putrajaya dan Johor, hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, enam kluster baharu itu adalah Kluster Nahaba, Kluster Numbak, Kluster Perigi, Kluster Seri Terapi, Kluster Padang dan Kluster Harmoni. Menurutnya, Kluster Nahaba membabitkan daerah Kota Belud di Sabah yang mana kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-35,808 dikenal pasti […]

today9 November 2020