Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

pahang

289 Results / Page 30 of 33

Buletin

Hanya tangga batu terselamat selepas rumah hanyut

Kuantan: Lima anak tangga batu berwarna merah bata dan hijau menjadi satu-satunya peninggalan kesan banjir selepas rumah pusaka keluarga seorang pekerja swasta Abdul Daud Muntil di Kampung Ajai, Dong, Raub dihanyutkan arus deras. Abdul Daud, 56, berkata rumah dua bilik yang diperbuat daripada kayu itu dihanyutkan arus deras kira-kira tiga meter daripada tapak asal sebelum 'tersangkut' di antara pokok buah-buahan yang ditanam di perkarangan belakang. Beliau yang menetap di Puncak […]

today10 January 2021

Buletin

Mangsa banjir masih lebih 40,000 petang ini

Kuala Lumpur: Jumlah keseluruhan mangsa banjir membabitkan lima negeri masih melepasi angka 40,000 orang dengan hanya Pahang terdapat sedikit pertambahan jumlah mangsa, petang ini. Setakat jam 4 petang ini, sejumlah 41,216 orang berada di pusat pemindahan di Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor dan Perak berbanding 43,791 mangsa, pagi tadi. Di Pahang, Temerloh kekal menjadi daerah paling teruk terjejas banjir di negeri itu dengan 11,871 mangsa daripada 3,227 keluarga masih ditempatkan di […]

today9 January 2021

Buletin

Pahang rekod 26,760 mangsa di 276 PPS

Kuantan: Pahang menunjukkan pertambahan jumlah mangsa banjir yang kini mencecah 26,760 orang, setakat 8.50 pagi berbanding, 22,897 orang semalam. Jumlah itu membabitkan 7,222 keluarga yang ditempatkan di 276 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sembilan daerah iaitu Temerloh (67), Lipis (39), Maran (35), Raub (33), Jerantut (31), Pekan (26), Kuantan (25), Bera (12) dan Rompin (8). Mangsa paling ramai di Temerloh dengan 10,189 orang (2,744 keluarga) diikuti Kuantan 2,339 orang (647 […]

today8 January 2021

Buletin

Lebih 500 mangsa banjir di Lipis terima sumbangan

Lipis: Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1 Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menyerahkan bantuan kepada lebih 500 Ketua Isi Rumah (KIR) yang menjadi mangsa banjir yang kini di tempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), di sini, semalam. Beliau yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, bantuan diberikan berupa bekalan makanan bernilai RM100 termasuklah beras, minyak masak, tepung, susu, sardin, gula dan barangan keperluan lain. "Banjir kali ini agak teruk dan membabitkan […]

today5 January 2021