Antara isu-isu panas minggu ini !
Baru sahaja masuk hari pertama di bulan Ramadan, namun perkataan 'Raya' dan 'Abah' mula trending di Twitter.
Setiap individu yang gemar memasak dan sering melihat video resipi di YouTube pasti pernah mendengar nama Che Nom atau nama sebenarnya Norma Bakar. Resepi masakkannya yang mudah dibuat dan sedap menarik minat ramai untuk turut cuba memasak. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan, video Che Nom memang menjadi pilihan rakyat.
Tanggal 1 Ramadan tahun ini merupakan tanggal yang bermakna buat Datuk Seri Eizlan Yusof dan isteri, Datin Seri Natasha Rosa yang selamat menyambut cahaya mata mereka yang diberi nama 'Baby ZR'. Memang merupakan satu kenangan yang manis dan pastinya Syawal tahun ini akan menjadi lebih meriah dari sebelumnya.
Ditawarkan dengan harga rumah serendah RM1,300 sehingga RM7,000, beberapa orang penduduk di Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah mengakui kecewa kerana telah terpedaya untuk membeli rumah setinggan daripada tuan rumah.