Bukan Sekadar Kesedaran, UNITAR Bawa Pendekatan Baharu Untuk Komuniti Neurodivergen
Usaha membina masyarakat yang lebih inklusif tidak boleh terhenti pada kesedaran semata-mata. Sebaliknya, ia memerlukan tindakan berterusan, kerjasama pelbagai pihak dan sistem sokongan yang mampan. Atas komitmen tersebut, UNITAR Education Group secara rasmi melancarkan Karnival Neurodivergen UNITAR 2026, sebuah inisiatif nasional selama tiga hari yang memberi fokus kepada pendidikan inklusif, kebolehpasaran kerja serta sokongan komuniti untuk