Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

tempatan

53 Results / Page 5 of 6

Nasional

Peruntukan lebih besar diperlukan tangani penyakit luruhan daun getah

Kerajaan telah memperuntukkan RM35 juta yang disalurkan kepada LGM untuk melaksanakan kawalan di 33,000 hektar tanaman pokok getah terjangkit LDP bagi 2023 hingga 2024. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan perlu menimbangkan penyaluran peruntukan lebih besar dalam usaha menangani isu penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis (LDP) bagi pokok getah dengan lebih efektif, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Ghani. Ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari […]

today14 March 2024

Nasional

Pengarah syarikat mengaku tak salah pecah amanah lebih RM170,000

U Yogeshwaran di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah wang syarikat lebih RM170,000 dua tahun lalu. U Yogeshwaran, 45, pengarah Asas Kukuh Security Services (M) Sdn Bhd didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang syarikat berjumlah RM176,117.55 di Bank Muamalat, Menara Bumiputra antara 7 April dan 13 Mei 2022. Dia didakwa mengikut […]

today14 March 2024

Nasional

Harga naik tak halang orang ramai ke bazar Ramadan

Ramai mendapati harga makanan dan minuman kegemaran mereka di pelbagai bazar Ramadan meningkat. PETALING JAYA: Kenaikan harga tidak menghalang orang ramai terus membanjiri bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang tahun ini. Faizal Hashimi, yang mengunjungi bazar Ramadan di Kampung Baru, Kuala Lumpur setiap tahun, berkata dia sanggup berbelanja lebih untuk membeli makanan kegemarannya. Faisal Hashimi. “Tahun lepas, harga minuman sekitar RM3, tetapi sekarang naik kepada RM4. “Jelas sekali harga telah […]

today14 March 2024

Nasional

Amanah tolak MN kerana enggan jatuhkan kerajaan, kata Mahfuz

Timbalan Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa berkata tiada sebab untuk parti itu merungkai perjanjian kerjasama PH-Amanah dimeterai sejak sekian lama. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Seorang pemimpin Amanah menegaskan parti itu tidak akan menyertai Muafakat Nasional (MN) kerana enggan menjatuhkan kerajaan seperti dilakukan komponen itu terhadap Pakatan Harapan (PH), merujuk kepada Langkah Sheraton pada 2020. Mahfuz Omar. Naib Presiden Mahfuz Omar berkata kerjasama itu juga tidak perlu kerana PAS, antara pelopor […]

today14 March 2024

Nasional

Papar diisytihar bencana kemarau, pegawai daerah minta penduduk bertenang

Papar, Sabah dilanda krisis air akibat musim kemarau yang berlarutan di daerah itu sejak beberapa minggu lalu. (Gambar Bernama) KOTA KINABALU: Daerah Papar diisytiharkan sebagai kawasan bencana kemarau bermula hari ini berikutan krisis bekalan air akibat kemarau melanda kawasan tersebut sejak beberapa minggu lalu. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Papar dalam kenyataan, memaklumkan pengisytiharan itu dibuat berdasarkan laporan dan maklumat diperoleh di lapangan yang diterima agensi dalam jawatankuasa tersebut. Tindakan […]

today13 March 2024

Nasional

8 kes Tibi dikesan di flat di Johor tahun lalu

Jabatan Kesihatan Johor menasihatkan pesakit Tibi mematuhi arahan rawatan yang ditetapkan bagi mengelak kejadian bateria rintang-ubat. (Freepik pic) PETALING JAYA: Jabatan Kesihatan Johor berkata sebanyak lapan kes penyakit Tuberkulosis (Tibi) dengan satu kematian dilaporkan di Flat Tasek 64 di Bandar Seri Alam, Masai pada tahun lalu. Mengulas laporan Sinar Harian bahawa lebih 10,000 penduduk di 22 blok Flat Tasek 64 mungkin terdedah dengan jangkitan bateria Tibi, Pengarah Kesihatan Johor Dr […]

today13 March 2024

Nasional

Kastam rampas rokok seludup bernilai RM4.35 juta

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Sazali Mohamad, berkata rampasan pertama sebanyak dua juta rokok dan rampasan kedua, 3.9 juta rokok. PETALING JAYA: Kastam merampas 5.9 juta batang rokok putih bernilai lebih RM4.35 juta menerusi dua operasi berasingan di Seri Kembangan dan Kuala Lumpur. Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Sazali Mohamad, berkata dalam rampasan pertama pada 22 Feb, dua juta batang rokok putih dibuat selepas pihaknya menyerbu […]

today13 March 2024

Luar Negara

Jenuh nak alih pulau terapung

Washington: Hampir setiap tahun, penduduk tempatan terpaksa bekerjasama mengalihkan ‘pulau terapung’ gergasi di Tasik Chippewa di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS). © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today3 September 2023