Site icon Kool FM

Terberg Tractors terima tempahan RM200 juta untuk traktor terminal elektrik berkuasa bateri


PETALING JAYA – Terberg Tractors Malaysia Sdn Bhd (TTM), usaha sama antara Sime Darby Industrial Sdn Bhd (Sime Industrial) dan Royal Terberg Group BV (Royal Terberg) yang berpangkalan di Belanda, telah memperkenalkan traktor terminal elektrik berkuasa bateri sepenuhnya menerusi pelancaran YT201EV.

Traktor itu telah dilancarkan bersempena Hari Pengedar Global Terberg yang menghimpunkan lebih daripada 60 pengedar dan wakil dari lebih 30 negara di seluruh Asia, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Terberg Tractors, Boo Wei Ching berkata, pihaknya telah menerima lebih 250 unit tempahan awal bagi model YT201EV dengan nilai mencecah kira-kira RM200 juta daripada pasaran domestik dan antarabangsa, termasuk Maghribi, Ivory Coast, Congo dan Ecuador.

“Pencapaian ini sejajar dengan pelan strategi tiga tahun kami untuk terus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju pasaran dalam operasi pelabuhan lestari, dengan sasaran pengeluaran lebih daripada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version