Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

The Sage@ Sixth dapat sijil halal Februari ini

today31 January 2025

Background


KUALA LUMPUR – The Sage @ Sixth restoran yang beroperasi di UTM Hotel & Residence bakal mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelang bulan Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif UTM Holdings Sdn. Bhd. (UTM Holdings), Ahmad Kamil Kushairi berkata, proses mendapatkan pensijilan halal tersebut telah berlangsung dengan lancar selama enam bulan dan pihaknya teruja dengan perkembangan tersebut sekali gus bakal meningkatkan imej restoran berkenaan.

Lebih menarik, ia juga bersesuaian dengan persediaan syarikat untuk menawarkan bufet Ramadan mulai bulan Mac di restoran tersebut.

“Selepas kejayaan memperoleh sijil halal, kami pula akan meneruskan langkah seterusnya untuk mendapatkan penarafan tiga bintang bagi hotel UTM Hotel & Residence,” katanya kepada Kos­mo! ketika ditemui selepas majlis pelancaran Budaya Sarapan Malaysia di hotel berkenaan di sini baru-baru ini.

 

Restoran UTM Hotel & Residence adalah salah satu cabang perniagaan hospitaliti…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Sukan

Neymar kembali ke pangkuan Santos

Sao Paulo: Neymar mengumumkan dia akan kembali ke kelab Brazil, Santos, tempat dia memulakan kerjaya, selepas menamatkan tempoh yang penuh dengan kecederaan bersama Al Hilal di Arab Saudi.

today31 January 2025