Sempena meraikan Hari Krismas Tahun 2023, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan pada Selasa mengumumkan pemberian tol percuma selama dua hari! Semua tol dalam Malaysia akan percuma pada 23 Disember dan 26 Disember bagi memberi laluan perayaan Hari Krismas.
TOL PERCUMA DUA HARI

Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui mesyuarat bersama – sama dengan syarikat konsesi juga telah bersetuju dengan pelaksanaan pemberian tol percuma ini pada 23 Disember 2023 (Sabtu) dan 26 Disember 2023 (Selasa). Pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kenderaan di semua plaza tol KECUALI di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.
Pemberian tol percuma ini diharapkan dapat meringankan beban perjalanan semua rakyat Malaysia yang merancang pulang ke kampung halaman untuk melawat ahli keluarga dan sambutan Hari Krismas atau bercuti bersama-sama keluarga sempena musim cuti sekolah. Ini juga selari…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: