Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Top Glove disenarai dalam indeks kesaksamaan gender

today28 January 2022

Background


PETALING JAYA – Pengeluar sarung tangan, Top Glove mendapat tempat dalam Indeks Kesaksamaan Gender Bloomberg 2022 (GEI) setelah mempamerkan prestasi memberangsangkan dalam langkah mempromosikan kesaksamaan jantina di tempat kerja.

Syarikat itu salah satu daripada empat syarikat tempatan yang dimasukkan dalam indeks berkenaan, yang mengiktiraf 418 organisasi merentas 45 negara dalam bidang kesaksamaan gender.

Diwujudkan pada 2016, GEI menyasarkan untuk menjejaki prestasi syarikat tersenarai awam yang komited terhadap ketelusan laporan dalam data berasaskan jantina.

Pengarah Urusan Top Glove, Datuk Lee Lim Meow berkata, pihaknya percaya kepelbagai­an dan budaya hormat menghormati merupakan kunci untuk meningkatkan moral kakitangan, mengekalkan bakat dan menambah baik produktiviti.

“Kami komited menyediakan peluang sama rata dari segi pengambilan pekerja dan pertumbuhan karier, selain tidak memberi toleransi kepada sebarang bentuk diskriminasi.

“Penyertaan Top Glove dalam GEI…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Ekonomi

LSH catat perolehan RM67.42 juta

PETALING JAYA – Lim Seong Hai Capital Berhad (LSH) menerbitkan kenyataan kewangan audit pertamanya bagi tempoh kewangan berakhir (FPE) 30 September 2021 selepas penyenarai­annya di Pasaran LEAP akhir bulan Julai tahun lalu. Sepanjang tempoh tersebut, Kumpulan merekodkan perolehan RM67.42 juta, 40 peratus lebih tinggi berbanding RM48.12 juta yang dicapai pada FPE 30 September 2020. Pertumbuhan disumbang oleh peningkatan hasil daripada sewaan mesin dan agihan bahan bangunan, masing-masing pada RM10.02 juta […]

today28 January 2022