Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

TopzMall mahu tembusi pasaran halal antarabangsa

today24 December 2021

Background


KUALA LUMPUR – Platform e-dagang, TopzMall bercadang untuk menembusi pasaran halal antarabangsa sebagai usaha mengukuhkan lagi perniagaan sedia adanya setelah berjaya mencatat jualan sebanyak RM16 juta pada tahun pertama operasinya.

Ketua Pegawai Operasi ­TopzMall, Calvert Choo berkata, inisiatif tersebut akan dilaksanakan melalui usaha membawa produk halal tempatan ke pasaran antarabangsa terutama di China yang merupakan kekuatan platform e-dagang berkenaan.

“Kami merancang untuk mewujudkan halal kategori dalam TopzMall kerana pelanggan beragama Islam bukan sahaja berada di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia. Pelanggan kami terdapat di Filipina, Vietnam dan juga China,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelantikan pe­nyanyi Jeryl Lee Pei Ling sebagai duta kempen 2022 CNY Goods di sini baru-baru ini.

Choo menerangkan, ­TopzMall memiliki keunikan tersendiri berbanding platform e-dagang sedia ada kerana ia memberi fokus kepada usaha memasarkan produk jenama…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Bieu Argile sumbang produk cucian, makanan kepada mangsa

PETALING JAYA – Ugogo Net Sdn. Bhd., pengeluar produk cucian serba guna berjenama Bieu Argile, tampil ­menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir meskipun kilang pengeluaran syarikat yang terletak di Seksyen 33, Shah Alam turut terjejas de­ngan bencana alam itu. Pengasas bersama syarikat, Mohd. Ammar Aiman Samsul berkata, keprihatinan syarikat terhadap mangsa banjir telah mendorong kakitangannya me­nyampaikan bantuan kepada penduduk di Taman Sri Muda, Shah Alam; Kampung Sri Aman, Puchong dan juga […]

today24 December 2021