Site icon Kool FM

Tourism Malaysia & MYDIN Lancar ‘Jom Jalan MYDIN’ Dengan Hadiah Menarik Keseluruhan Lebih RM5 Juta

Tourism Malaysia & MYDIN Lancar ‘Jom Jalan MYDIN’ Dengan Hadiah Menarik Keseluruhan Lebih RM5 Juta


Dalam usaha menyemarakkan lagi pelancongan domestik menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026)Tourism Malaysia dan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) menjalinkan kerjasama strategik menerusi pelancaran kempen ‘Jom Jalan MYDIN’ bagi menggalakkan rakyat Malaysia meneroka destinasi tempatan sambil menikmati pelbagai ganjaran menarik.

Kempen yang berlangsung hingga 30 September 2026 ini menggabungkan pengalaman membeli-belah dengan pelancongan domestik, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi peruncitan dan memperkasakan produk buatan Malaysia.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Dato Sri Tiong King Sing, kerjasama antara sektor awam dan swasta seperti ini mampu menyemarakkan lagi semangat Cuti-Cuti Malaysia dalam kalangan rakyat tempatan.

Beliau berkata, inisiatif tersebut bukan sahaja membantu memperkukuhkan pelancongan domestik menjelang VM2026, malah menghubungkan orang ramai dengan pelbagai produk serta tarikan tempatan.

Sementara itu,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version