Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tular Jual Stokin Tertera Kalimah Allah, KK Super Mart Mohon Maaf

today14 March 2024

Background


Semalam, kecoh di media sosial tentang kewujudan stokin tertera kalimah Allah S.W.T yang dijual secara terbuka di rangkaian runcit KK Supermart.

Ramai yang mempersoalkan bagaimana rangkaian runcit itu tidak peka dengan penawaran produk yang menyentuh sensitiviti penganut agama terbesar di Malaysia.

Stokin
Sumber Gambar: FB Firdaus Wong Wai Hung

Susulan insiden itu, pihak KK Supermart telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas penjualan stokin berjenama MIRANOSOCK. Mereka mendakwa berlaku kesilapan penjualan stokin tersebut di Outlet KK SUPER MART di Bandar Sunway semalam.

Mereka meluahkan rasa kesal dan memandang serius akan insiden itu. Tindakan serta-merta telah diambil dengan memberhentikan penjualan stokin tersebut.

Malah, pihak KK turut memaklumkan bahawa produk ini adalah produk ‘consignment’ daripada vendor. Mereka juga telah menghubungi pihak vendor dalam mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu itu.

Dalam pada itu, KK SUPER MART turut berterima kasih di…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post

Nasional

Harga naik tak halang orang ramai ke bazar Ramadan

Ramai mendapati harga makanan dan minuman kegemaran mereka di pelbagai bazar Ramadan meningkat. PETALING JAYA: Kenaikan harga tidak menghalang orang ramai terus membanjiri bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang tahun ini. Faizal Hashimi, yang mengunjungi bazar Ramadan di Kampung Baru, Kuala Lumpur setiap tahun, berkata dia sanggup berbelanja lebih untuk membeli makanan kegemarannya. Faisal Hashimi. “Tahun lepas, harga minuman sekitar RM3, tetapi sekarang naik kepada RM4. “Jelas sekali harga telah […]

today14 March 2024