Ia disebabkan siling bocor ketika hujan lebat. Menerusi video berkenaan, dapat dilihat air hujan itu telah membasahi semua meja dan alat yang ada di pejabat JPJ.
Barang seperti komputer, alat pencetak, rak juga terkena air hujan. Bukan setakat itu, kaunter juga terpaksa tutup disebabkan air yang melimpah.