Semalam tular video menunjukkan Ketu Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal turun padang bersama-sama beberapa anggota polis yang lain dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyampaikan bantuan kepada seorang wanita.
Beliau berikan sumbangan ini selepas mendapati wanita tersebut yang juga merupakan seorang ibu bertindak mencuri barang makanan dan ubat bernilai RM58 di sebuah pasar raya.
Antaran barangan yang ditemui bersama ibu tersebut adalah penampal penyejuk suhu badan untuk anaknya yang sedang demam, kek pandan serta sosej untuk mengisi perut si kecil.
Bagaimanapun, terdapat posting dari group Facebook yang menceritakan sikap sebenar Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal sebelum tular isu ini.
Menurut sumber, beliau memang seorang yang begitu suka menolong masyarakat. Bahkan, jika ada bekas pegawai polis yang sudah pencen dan mengalami kesusahan hidup juga beliau datang menziarah bertanyakan khabar.

Dalam pada masa yang sama, tular satu ciapan di twitter mengenai ayat yang dipetik dari Asisten Komisioner Nik Ezanee. Memang betul-betul membanggakan kerana beliau tidak menggunakan kuasanya sembarangan.
"Mencuri itu satu jenayah, tetapi untuk menghukum keluarga miskin yang sedang kelaparan juga adalah sesuatu yang tidak betul." – ACP Nik Ezanee Ketua Polis Daerah PJ pic.twitter.com/WdBSlELRm1
— Hakuna Matata🦁 (@amalhisyams) January 21, 2021
Seperti biasa, warganet membanjiri dengan memuji sikap beliau dan mengharapkan supaya ahli PDRM yang lain mengikut contoh yang ditunjukkan oleh Ketua Polis Petaling.


Semoga beliau dimurahkan rezeki lebih banyak untuk dikongsikan bersama.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Ketua Polis PJ Hulur Bantuan Kepada Ibu Yang Terpaksa Mencuri Untuk Anak
Polis Saman Individu Tak Pakai Gloves, Ini Jawapan Ismail Sabri
Post comments (0)