Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

UMW Grantt perkenal gris gred makanan boleh dibiodegrasi

today5 October 2023

Background


KUALA LUMPUR – Anak syarikat milik penuh Kumpulan UMW dan pengeluar minyak pelincir jenama Grantt, UMW Grantt International Sdn. Bhd. (UMW Grantt) memperkenalkan Gris Gred Makanan Pelbagai Guna Grantt pada Pameran & Persidangan Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2023 di sini hari ini.

Pelancarannya disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii.

Gris tersebut merupakan produk pertama seumpamanya yang dikomersialkan di negara ini, dibangunkan menerusi kerjasama UMW Grantt dan UMW Innovation and R&D Centre Sdn. Bhd. bersama Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah.

Ia diedarkan dalam pembungkusan 400 gram dan disasarkan untuk kegunaan noindustri di mana terdapat risiko sentuhan dengan makanan seperti dalam sektor makanan dan minuman (F&B), pertanian, farmaseutikal serta kosmetik.

Gris Gred Makanan Pelbagai Guna Grantt memenuhi pelbagai piawaian antarabangsa seperti DIN 51825, OECD 301B…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Luar Negara

Syahrul Yasin Limpo pulang ke tanah air

Jakarta: Menteri Pertanian Indonesia, Syahrul Yasin Limpo yang tidak diketahui keberadaaanya selepas dikaitkan dengan kes rasuah, akhirnya ditemukan ketika bertemu dengan Ketua Umum Parti NasDem, Surya Paloh, semalam. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today5 October 2023