Kool FM

Upin & Ipin x Grab & Baskin Robbins Serbu MyTOWN! Ada Game, Aiskrim Percuma & Hadiah


Sempena sambutan bulan kemerdekaan, Grab x Baskin-Robbins membawakan pengalaman yang lebih daripada sekadar makan aiskrim menerusi kolaborasi istimewa bersama siri animasi kegemaran ramai rakyat Malaysia, Upin & Ipin. 

Dari 27 Ogos 2026 hingga 31 Ogos 2026, ruang legar MyTOWN Shopping Centre akan bertukar menjadi lokasi penuh dengan permainan klasik, hadiah menarik dan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga.

Paling best, ada peluang jumpa Upin & Ipin serta Opah, dan dapat Baskin-Robbins aiskrim secara percuma!

Kalau korang datang ke acara ini, jangan terus cari aiskrim dulu.

Mula-mula, sertai Game Journey yang menampilkan aktiviti permainan klasik Malaysia yang pasti buat ramai throwback zaman kecil.

Korang hanya perlu bermain Batu Seremban, Teng Teng, kemudian singgah di ruang Photo Op untuk bergambar dan kongsi gambar tersebut di media sosial.

Lepas selesai ketiga-tiga cabaran ini, korang boleh terus menebus Baskin-Robbins Ice Cream secara percuma, lengkap dengan pelekat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version