Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Usaha sama Alphaswift, Aerodyne hasilkan dron berteknologi AI

today2 July 2024

Background


CYBERJAYA – Alphaswift Industries (Alphaswift) optimistik terhadap kerjasama strategik yang dijalankan dengan Aerodyne Group (Aerodyne) bakal memberi peluang kepada syarikat untuk menjadi pengeluar dron berkualiti tinggi dengan kecekapan terbaik selain dapat meme­nuhi keperluan pelanggan daripada pelbagai bidang industri.

Ketua Pegawai Eksekutif Alphaswift, Dr. Shian Lee berkata, perbincangan sebelum ini telah berjaya dimuktamadkan dan langkah seterusnya adalah untuk menghasilkan dron yang sebelum ini memiliki teknologi hibrid bakal dipertingkatkan lagi dengan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Pesawat dron yang dihasilkan itu bersesuaian untuk memenuhi keperluan Aerodyne yang terlibat dalam sektor pertanian dan ia bakal mengambil alih pekerjaan rumit yang dilakukan para pekerjanya untuk kerja-kerja menyembur racun serangga, baja dan kawalan jangkitan penyakit.

“Kami akan membekalkan dron yang kukuh, cekap dan berkualiti tinggi serta memfokuskan kepada automasi AI, manakala…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Kopetro sasar pendapatan tahun 2025 cecah RM500 juta

Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro) mengunjurkan pendapatannya menjelang akhir tahun 2025 mencecah kepada RM500 juta dipacu daripada pelan strategik yang dirangka untuk menjadikannya lebih berdaya saing dan berdiri kukuh dengan pelbagai perancangan perniagaan yang strategik masa depan.

today2 July 2024