KKM menawarkan Program Imunisasi Influenza Warga Emas dengan vaksin influenza percuma kepada warga emas dengan penyakit komorbid atau kronik di 649 Klinik Kesihatan seluruh Malaysia, bermula 18 Februari hingga akhir Ogos 2025.
Janji temu boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera. Orang ramai juga boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan, melayari portal rasmi atau media sosial KKM, atau hadir sendiri ke KK untuk mendapatkan maklumat lanjut.