Akan tetapi, kadangkala kita memang tidak dapat mengelak daripada insiden yang tidak diingini seperti itu berlaku. Sekelip mata saja apa-apa pun boleh terjadi.
Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini apabila seorang budak perempuan tersangkut seorang diri di dalam lif telah membuatkan ramai panik dan risau.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @its_meell21 di TikTok, difahamkan budak perempuan berkenaan tersangkut selama 30 minit di dalam lif itu.
Situasi tersebut membuatkan ramai orang panik dan turut membantu ibunya yang cuba menenangkan si anak. Namun, pihak maintenance pula tiada di tempat kejadian walaupun sudah dihubungi berkali-kali.
“Untuk mommy-mommy yg ada budak kecik, kena berhati-hati ya. Kebetulan pulak lift ni memang laju sangat tertutup. Bapak dia tak sempat nak masuk pintu dah tutup, nasib baik tersekat dengan kaki so boleh pintu dapat terbuka sikit. Kesian budaknya panik,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: