Tidak dinafikan, perkhidmatan seperti ini dapat memudahkan kita untuk ke destinasi yang kita ingin pergi, lebih-lebih lagi bagi mereka yang malas nak menghadap kesesakan lalu lintas.
Namun, baru-baru ini seorang lelaki rakyat Malaysia berkongsi pengalamannya menaiki kereta tanpa pemandu di San Fransisco untuk ke destinasi yang ditujunya telah mendapat perhatian warganet.
Menerusi video berdurasi 2 mini yang dimuat naik oleh @4mirSaid, kelihatan lelaki itu dan seorang lagi wanita menunjukkan bagaimana mereka mendapatkan servis kereta tanpa pemandu tersebut dengan menggunakan aplikasi ‘Waymo’.
Apa yang menarik perhatian adalah, kereta berkenaan tiba dalam masa yang cepat dan ternyata memang tiada pemandu di dalamnya.
“First time cuba Waymo dekat San Francisco. Waymo ni macam Grab dekat Malaysia, tapi self-driving car. Best experience ever,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: