Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

YNH bakal bina projek hartanah di Negeri Sembilan

today8 April 2023

Background


PETALING JAYA – YNH Property Berhad (YNH) telah memperoleh arahan pembangunan daripada Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) baru-baru ini untuk membina 2,200 unit pembangunan perbandaran bercampur di Negeri Sembilan.

Pengurus Besar YNH, James Ngio berkata, projek hartanah  yang terletak kira-kira 40 kilometer dari  Seremban itu dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi bagi kawasan tersebut, sambil memenuhi permintaan kukuh untuk rumah berkualiti dan mampu milik.

Menurut beliau, nilai pembangunan kasar bagi perbandaran itu dianggarkan berjumlah RM600 juta.

“Arahan pembangunan yang diterima daripada MDKP untuk perbandaran baharu di Kuala Pilah ini merupakan peristiwa penting bagi YNH kerana ia menandakan kemasukan syarikat ke Negeri Sembilan, sebuah wilayah pertumbuhan tinggi di Koridor Selatan Greater Kuala Lumpur.

“Kami berharap dapat membawa kepakaran  yang terbukti serta rekod prestasi kukuh dalam pembangunan perbandaran ke Negeri Sembilan ini dan kami yakin…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Luar Negara

Beruang serang lelaki berjoging

Rom: Seekor beruang menyerang dan membunuh lelaki yang sedang berjoging di laluan hutan di barat laut Itali dan ia adalah kes pertama seumpamanya di negara itu. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today8 April 2023