Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Tiada Duit Baju Raya, Sekolah..Jumlah Sama Dari 2013..”- Ini Balas Rita Rudaini Bekas Suami ‘Claim’ LHDN Atas Nama Anak

today25 January 2021

Background

Baru sahaja penjelasan dibuat bekas suami Rita Rudaini berkaitan isu nafkah anaknya, kini Rita kembali bersuara meluahkan apa yang terpendam.

Isu nafkah ini kembali timbul apabila komen Rita mendapat perhatian ramai menyatakan Aidil Zafuan menggunakan nama anaknya bersama Rita untuk ‘claim’ LHDN menyebabkan Rita tidak dapat berbuat demikian untuk dirinya.

Menurut Aidil, dia tidak pernah mengabaikan soal nafkah anak-anaknya dan merasakan dirinya berhak untuk menyatakan tanggungannya kepada pihak LHDN.

Foto: Kenyataan Aidil Zafuan

Baca: “Ada Bukti Beri Nafkah Anak-Anak Tanpa Gagal..”- Adil Zafuan Bersuara Isu Letak Nama Anak Untuk Claim LHDN

Tidak berdiam diri, Rita tampil menjelaskan kebenaran dari pihaknya menerisi IG story miliknya. Luah Rita, dirinya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa bekas suaminya tidak membayar nafkah. Cuma kesal dengan jumlah yang sama diberi bekas suami dari tahun 2013 sehingga kini. Tambahnya lagi tiada tambahan perbelanjaan diberikan untuk duit membeli baju raya, duit untuk taska, sekolah dan sebagainya.

Tambah Rita lagi, dia tidak minta untuk dinaikkan belanja dari tahun 2015 sehingga kini dan tidak mahu menganggu duit perbelanjaan Aidil dan keluarganya.

Rita juga menambah dia tidak meminta untuk disokong mana-mana netizen kerana yakin Allah sentiasa membantunya. Dia juga bersyukur dengan kehidupan masa kini.

 

 

 

 

 

Sumber: Instagram

Written by: Ainaa


Previous post

Sukan

Barca menang lagi tanpa Messi

Madrid: Barcelona menang sekali lagi tanpa Lionel Messi selepas jaringan Frenkie de Jong dan Riqui Puig menewaskan Elche 2-0 dalam aksi La Liga, awal pagi tadi. De Jong menolak bola di atas garisan sejurus sebelum rehat di Martinez Valero sebelum Puig yang masuk sebagai pemain gantian menanduk gol kedua pada lewat permainan. Walaupun mempamerkan aksi hambar, Ronald Koeman tetap lega menyaksikan Barca meraih dua kemenangan berturut-turut tanpa Messi dan sejak […]

today25 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *