Baru sahaja penjelasan dibuat bekas suami Rita Rudaini berkaitan isu nafkah anaknya, kini Rita kembali bersuara meluahkan apa yang terpendam.
Isu nafkah ini kembali timbul apabila komen Rita mendapat perhatian ramai menyatakan Aidil Zafuan menggunakan nama anaknya bersama Rita untuk ‘claim’ LHDN menyebabkan Rita tidak dapat berbuat demikian untuk dirinya.
Menurut Aidil, dia tidak pernah mengabaikan soal nafkah anak-anaknya dan merasakan dirinya berhak untuk menyatakan tanggungannya kepada pihak LHDN.

Foto: Kenyataan Aidil Zafuan
Tidak berdiam diri, Rita tampil menjelaskan kebenaran dari pihaknya menerisi IG story miliknya. Luah Rita, dirinya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa bekas suaminya tidak membayar nafkah. Cuma kesal dengan jumlah yang sama diberi bekas suami dari tahun 2013 sehingga kini. Tambahnya lagi tiada tambahan perbelanjaan diberikan untuk duit membeli baju raya, duit untuk taska, sekolah dan sebagainya.

Tambah Rita lagi, dia tidak minta untuk dinaikkan belanja dari tahun 2015 sehingga kini dan tidak mahu menganggu duit perbelanjaan Aidil dan keluarganya.





Rita juga menambah dia tidak meminta untuk disokong mana-mana netizen kerana yakin Allah sentiasa membantunya. Dia juga bersyukur dengan kehidupan masa kini.
Sumber: Instagram
Post comments (0)