Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Aktiviti Komuniti di Kool FM

PERMOHONAN TABUNG BANTUAN SENI (TBS) KINI DIBUKA

today11 February 2025

Background

Balai Seni Negara mengumumkan permohonan Tabung Bantuan Seni (TBS) 2025 kini dibuka kepada semua penggiat seni visual tanah air.

Tabung Bantuan Seni diwujudkan sebagai usaha membantu para penggiat seni rupa, pelukis dan karyawan seni untuk mengikuti pelbagai bentuk program, kursus dan latihan atau menjalankan aktiviti-aktiviti seni sama ada dalam atau luar negara.

Penilaian kertas kerja program dibuat secara berperingkat, 4 kali setahun iaitu 14 Februari, 16 Mei, 15 Ogos dan 14 November 2025. Permohonan perlu dihantar sebelum tarikh penilaian.

Permohonan TBS ini terbuka kepada semua penggiat seni visual WARGANEGARA MALAYSIA sahaja.

Maklumat lanjut di www.artgallery.gov.my

Written by: Syafiqah Azelan


Previous post

Aktiviti Komuniti di Kool FM

PUSAT DARAH NEGARA RAYU ORANG RAMAI MENDERMA DARAH

Pusat Darah Negara (PDN) merayu orang ramai tampil menderma darah susulan bekalan darah di hospital seluruh negara pada tahap membimbangkan berikutan permintaan tinggi. Semua jenis kumpulan darah, termasuk yang jarang ditemui seperti RhD negatif, amat diperlukan ketika ini bagi memenuhi keperluan pesakit serta persiapan menghadapi Ramadan dan Aidilfitri. Penggunaan darah yang tinggi disebabkan ada golongan pesakit yang perlu menerima darah secara berkala, termasuk pesakit kanser serta talasemia. Orang ramai boleh […]

today11 February 2025