Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Agihan dividen AHB 4.7 sen seunit

today7 October 2021

Background


PETALING JAYA – Pelaburan Hartanah Bhd. (PHB) mengumumkan agihan pendapatan akhir Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) sebanyak 2.35 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2021.

PHB adalah anak syarikat Ya­ya­san Amanah Hartanah Bumi­pu­tera (YAHB) dan Maybank As­set Management Sdn. Bhd. (MAM).

Nilai tersebut terdiri daripada agihan pendapatan sebanyak 2.15 sen se­unit dan agihan bonus 0.20 sen seunit untuk 500,000 unit pertama setiap pemegang unit.

April lalu, PHB dan MAM mengumumkan agihan pendapatan interim berjumlah 2.15 sen seunit berserta pengagihan bonus 0.20 sen seunit untuk tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2021.

Ini menjadikan jumlah agihan pendapatan bagi tempoh setahun adalah 4.70 sen seunit, melibatkan jumlah agihan sebanyak RM169.40 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan PHB, Datuk Mahmud Fauzi Muda berkata, pulangan 4.70 sen seunit selepas zakat merupakan pula­ngan pelaburan yang kompetitif dalam keadaan pasaran tidak menentu.

“PHB baru sahaja selesai…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Ekonomi

AmBank, YRZSNJ bantu pelajar sekolah rendah di Johor

PETALING JAYA – Kumpulan AmBank telah menyumbang RM50,000 kepada Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) bagi pembelian 55 tablet termasuk langganan data internet selama setahun untuk murid kurang berkemampuan dari 12 sekolah rendah di Johor. Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim berkata, pihaknya berusaha menyediakan bantuan kewangan dan penja­gaan kesihatan untuk hospital serta komuniti yang terjejas kerana kehilangan pekerjaan dan pengurangan pendapatan bulanan disebabkan pandemik. “Penutupan sekolah menimbulkan […]

today7 October 2021