Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

ba640a117ffcbb1108607a71ee4f3010

1105 Results / Page 92 of 123

Ekonomi

Straits teroka landskap digital 5G

PETALING JAYA – Syarikat peneraju bunker minyak terkemuka negara, Straits Energy Resources Berhad (Straits) mengukuhkan kehadirannya dalam landskap 5G dengan melantik pakar telekomunikasi, Sunny Ho Khin Choy untuk menerajui anak syarikat tidak langsungnya, Straits CommNet Solutions Sdn. Bhd sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Khin Choy, yang sebelum ini pernah mengetuai pelbagai bahagian penting dalam Digital Nasional Berhad, Edotco, Nokia Malaysia dan Ascom akan memimpin usaha Straits ke dalam ruang digital yang […]

today4 February 2022

Ekonomi

MEDAC sedia RM1.6 juta bantu usahawan asnaf

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi agensi-agensi di bawahnya menyediakan dana sejumlah RM1.6 juta untuk tabung Jawatankuasa Dana Khas Zakat MEDAC bagi diagihkan kepada usahawan asnaf yang terkesan akibat pandemik, banjir dan suasana ekonomi mencabar kini. Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya telah menganal pasti 314 usahawan asnaf terkesan untuk dibantu, hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). “Sasaran kami adalah […]

today28 January 2022

Ekonomi

Cawangan MR. D.I.Y. ke-800 di Bukit Jalil

PETALING JAYA – Komuniti di Bukit Jalil dan kawasan berdekatan kini beroleh akses barangan keperluan pada harga rendah menerusi pembukaan cawangan ke-800 MR. D.I.Y. di pusat beli-belah terbaharu, Pavilion Bukit Jalil. Cawangan terbaharu berkeluasan 18,000 kaki persegi (1,672 meter persegi) itu menawarkan kira-kira 18,000 produk merentas lima kategori utama iaitu perkakasan, kediaman dan kemasan rumah, peralatan elektrik, alat tulis serta peralatan sukan. Rangkaian itu juga mengete­ngahkan konsep kedai-dalam-kedai untuk turut […]

today28 January 2022

Ekonomi

Top Glove disenarai dalam indeks kesaksamaan gender

PETALING JAYA – Pengeluar sarung tangan, Top Glove mendapat tempat dalam Indeks Kesaksamaan Gender Bloomberg 2022 (GEI) setelah mempamerkan prestasi memberangsangkan dalam langkah mempromosikan kesaksamaan jantina di tempat kerja. Syarikat itu salah satu daripada empat syarikat tempatan yang dimasukkan dalam indeks berkenaan, yang mengiktiraf 418 organisasi merentas 45 negara dalam bidang kesaksamaan gender. Diwujudkan pada 2016, GEI menyasarkan untuk menjejaki prestasi syarikat tersenarai awam yang komited terhadap ketelusan laporan dalam […]

today28 January 2022

Ekonomi

12,000 penuntut universiti nikmati manfaat #DIY4UM

PETALING JAYA – Lebih daripada 12,000 penuntut Universiti Malaya (UM) menikmati fasa peralihan yang lebih selesa untuk kembali meneruskan pe­ngajian di kampus hasil inisiatif#DIY4UM. Inisiatif usaha sama antara MR D.I.Y. Group (M) Bhd. (MR D.I.Y.), Touch ‘n Go Group dan UM itu menyaksikan lebih RM3.6 juta diagihkan bagi membantu mahasiswa UM membuat persiapan kembali ke kampus. Setiap penuntut UM diberi bantuan tunai berjumlah RM300 untuk membeli barangan keperluan harian dan […]

today26 January 2022

Ekonomi

VC Malaysian RE diperbaharui untuk 3 tahun

PETALING JAYA – MNRB Holdings Bhd. (MNRB) mengumumkan cabang perniagaan insurans semulanya, Malaysia Reinsurance Bhd. (Malaysia Re) telah menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memperbaharui Penyerahan Sukarela (VC)nya bagi tempoh tiga tahun lagi, sehingga 31 Disember 2024. Katanya dalam satu kenyataan hari ini, di bawah VC berkenaan, Malaysian Re telah menerima penyerahan dan penyertaan automatik bagi semua insurans semula fakultatif domestik dan insurans semula triti dalam industri insurans […]

today24 January 2022

Ekonomi

MAJU Healthcare sedia servis sokongan Covid-19 di hotel

PETALING JAYA – Anak syarikat milik penuh MAJU Group, MAJU Healthcare menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Persekutuan Hotel Malaysia, Kedah & Perlis (MAH K&P) bagi menyediakan khidmat sokongan bagi Covid-19 di hotel. Menerusi MoU tersebut, MAJU Healthcare dengan kerjasama rakan kongsi, Global Doctors dan Gribbles Pathology memberi servis pemantauan Covid-19 dan sokongan penjagaan di hotel untuk pengembara yang telah diuji positif Covid-19 dan perlu menjalani kuarantin di 33 hotel di […]

today24 January 2022

Ekonomi

Kemudahan pembiayaan PKS RM2 bilion dibuka 3 Februari

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkenalkan dua kemudahan baharu di bawah Dana BNM bernilai RM2 bilion untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang dibuka untuk permohonan mulai 3 Februari ini. Menurut BNM, pertama ialah Kemudahan Permodalan Semula Perniagaan (Business Recapitalisation Facility, BRF) berjumlah RM1 bilion, bertujuan menyokong PKS untuk pulih dan berkembang, di samping menguruskan tahap keberhutangan mereka melalui penyelesaian pembiayaan yang inovatif. “Di bawah BRF, PKS […]

today21 January 2022

Ekonomi

MR D.I.Y. prihatin nasib komuniti terjejas banjir

PETALING JAYA – Bencana banjir besar yang melanda Lembah Klang, baru-baru ini mendorong peruncit pembaikan rumah terbesar di Malaysia, MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.) menggerakkan unit tanggungjawab sosial korporat (CSR)nya, MR D.I.Y. Cares untuk tampil membantu. Pasukan tersebut, yang melaksanakan purata 44 aktiviti CSR dan projek jangkauan komuniti setiap tahun telah mengumpulkan kit ujian kendiri Covid-19, peralatan perlindungan, sarung tangan, but getah, beg sampah, produk pembersihan rumah dan […]

today21 January 2022