Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

ba640a117ffcbb1108607a71ee4f3010

1105 Results / Page 95 of 123

Ekonomi

Jenama vape BAT menang Anugerah Lestari SEAL

PETALING JAYA – BAT mengumumkan jenama vape nombor satu global keluarannya, Vuse telah memenangi Anugerah Produk Lestari pada Anugerah Kelestarian Perniagaan SEAL (Sustainability, Environmental Achievement & Leadership) 2021 baru-baru ini. Anugerah tersebut mengiktiraf produk inovatif yang memberi impak dan dibangunkan khusus untuk masa depan yang mampan. Ketua Pegawai Pemasaran BAT, Kingsley Wheaton berkata, pihaknya berbesar hati menerima anugerah tersebut yang mengiktiraf usaha syarikat membangunkan jenama masa depan, dengan memfokuskan kepada […]

today23 December 2021

Ekonomi

Pembiayaan digital bantu PMKS terjejas banjir besar

KUALA LUMPUR – SME Corp. Malaysia (SME Corp) melancarkan Program Pembiayaan Digital Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melibatkan dana berjumlah RM10 juta yang disasarkan dapat membantu kumpulan tersebut yang terjejas akibat banjir besar di seluruh negara. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rizal Nainy berkata, program rintis tersebut dilaksanakan dengan kerjasama pengendali pembiayaan rakan setara yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, iaitu microLEAP. MicroLEAP dilantik untuk ­menyediakan penyelesaian pembiayaan jangka pendek menggunakan […]

today23 December 2021

Ekonomi

Bank Islam perkukuh komitmen ESG

PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) menjadi salah satu rakan pengasas dan institusi perbankan Islam Malaysia pertama dalam satu pakatan global yang membentuk masa hadapan data berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) menerusi pelancaran ESG Book. Ia merupakan sebuah platform percuma dibangunkan oleh firma pengurusan aset dan data global, Arabesque serta berperanan sebagai sumber utama baharu maklumat kemampanan korporat digital bagi menyediakan rangka kerja maklumat ESG […]

today22 December 2021

Ekonomi

Tune Protect bayar tuntutan banjir dalam 3 hari

PETALING JAYA – Tune Insurance Malaysia Berhad (Tune Protect) menjanjikan penyelesaian tuntutan dalam tempoh tiga hari buat pelanggannya yang dilanda banjir baru-baru ini. Pemegang polisi yang terjejas tidak perlu membuat laporan polis atau mengemukakan sebarang dokumen bagi tuntutan banjir melibatkan kenderaan bermotor dan kediaman masing-masing. Sebaliknya, sebaik kenderaan bermotor pelanggan dibawa ke mana-mana 300 bengkel panel Tune Protect di seluruh negara, bengkel berkenaan akan mengesahkan kerosakan dan mengendalikan proses tuntutan, […]

today22 December 2021

Ekonomi

SACSB jual tanah di Senai RM68 juta

PETALING JAYA – MMC Corporation Bhd. melalui anak syarikatnya, Senai Airport City Sdn. Bhd. (SACSB) memeterai dua perjanjian jual beli bersama Wiwynn Technology Service (Malaysia) Sdn. Bhd. (Wiwynn Malaysia) untuk melupuskan dua tapak industri berukuran 4.8 hektar dan 7.8 hektar di Senai Airport City pada penilaian RM68.3 juta. Wiwynn Malaysia merupakan subsidiari milik pernuh Wiwynn Corporation (Wiwynn), sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Taiwan. Zon Perindustrian Bebas Senai Airport […]

today22 December 2021

Ekonomi

Bank Rakyat tawar moratorium 6 bulan

PETALING JAYA – Bank Rakyat menawarkan kemudahan kelonggaran bayaran ansuran pembiayaan atau moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggannya yang terjejas akibat banjir bermula semalam. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, inisiatif itu bertujuan mengurangkan beban kewangan ditanggung pelanggannya yang terjejas akibat banjir dan pada masa yang sama, turut berdepan kekangan kewangan akibat pandemik. “Bank Rakyat sentiasa komited membantu semua pelanggan kami yang terjejas, seiring dengan aspirasi […]

today21 December 2021

Ekonomi

Fasa pertumbuhan Gloria Jeans Coffee, 1901

KUALA LUMPUR – Tahun 2022 diharapkan bakal menjadi tahun pemulihan ekonomi dan sosial daripada pandemik, dengan Jabatan Perangkaan mengunjurkan Belanjawan 2022 yang bercirikan pengembangan dijangka akan mengurangkan tekanan ekonomi, seterusnya memacu pertumbuhan. Bagi Perbadanan Nasional Berhad (Pernas), tahun depan disasarkan menjadi fasa pertumbuhan bagi dua jenama kendaliannya, iaitu jenama kopi global, Gloria Jean’s Coffees (GJC) serta jenama hotdog milik penuh Pernas, 1901 yang sebelum ini pernah popular sekitar awal tahun […]

today17 December 2021

Ekonomi

Sayap Bagimu Fasa 2 sumbang 2,000 tablet

PETALING JAYA – Inisiatif Sayap Bagimu Fasa 2 anjuran Yayasan AEON Malaysia (MAF) telah ­menyumbang 2,000 lagi tablet Samsung Galaxy Tab bernilai RM1 juta yang ditaja oleh AEON Co. (M) Bhd. Tablet tersebut diserahkan kepada pelajar Tingkatan Tiga dari keluarga berpendapatan rendah di Kedah, Perlis, Perak, Se­langor, Putrajaya, Kelantan, Melaka, Johor and Sabah. Sama seperti Sayap Bagimu Fasa 1, sumbangan tersebut lengkap dengan sambungan internet unifi Mobile dan kelas tuisyen […]

today8 December 2021

Ekonomi

Enam projek terima Geran Komuniti Merdeka 118

PETALING JAYA – Sebanyak enam buah projek daripada 138 permohonan telah terpilih seba­gai penerima Geran Komuniti Merdeka oleh anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd., PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd. (PMVSB) dengan kerjasama organisasi penjanaan semula bandar, Think City Sdn. Bhd. Geran tersebut yang diumumkan pada Jun lalu membawa matlamat memupuk sinergi antara komuniti setempat dan pemba­ngunan bercampur Merdeka 118, dengan tumpuan kepada lima lokasi penting iaitu Presint Jalan Petaling, […]

today7 December 2021