Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

ba640a117ffcbb1108607a71ee4f3010

1105 Results / Page 97 of 123

Ekonomi

IKMa bakal tubuh universiti koperasi

KUALA LUMPUR – Institut Koperasi Malaysia (IKMa) kini dalam proses untuk menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi berteraskan koperasi yang akan dinamakan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, usaha berkenaan bertujuan melahirkan tenaga profesional dalam gerakan koperasi. Katanya, ia kini sudah berada pada fasa akhir dan ia dijangka memulakan pengambilan pelajar pada tahun hadapan. “Saya berharap ia dapat dilancarkan pada Julai tahun depan. […]

today24 November 2021

Ekonomi

AmBank teruskan bantuan kewangan – Kosmo Digital

PETALING JAYA – AmBank Group terus membantu peminjam yang berdepan kesukaran untuk memenuhi komitmen kewangan mereka menerusi kemudahan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (Urus) yang dilaksanakan bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, dalam tempoh hampir dua tahun kebelakangan ini, pihaknya telah mengutamakan keperluan pelanggan dalam mengharungi cabaran pandemik. “Sehingga Oktober 2021, kami telah melanjutkan bantuan bayaran pinjaman dan pembiayaan bernilai […]

today23 November 2021

Ekonomi

Affin Bank perkenal A1addin – Kosmo Digital

PETALING JAYA – Affin Bank Berhad (Affin Bank) memper­kenalkan A1addin, sebuah inisiatif Bank Digital yang bakal membawa dimensi pengalaman perbankan yang baharu. Perkhidmatan tersebut direka untuk memberikan pelanggan pelbagai manfaat perbankan termasuk tanpa caj yuran tahunan bagi perkhidmatan, pilihan antara perbankan konvensional atau Islam dan kadar e-FD (e-Deposit Tetap) menarik. A1addin adalah sebuah bank digital yang beroperasi ber­asingan daripada sistem perbankan Affin sedia ada dan dijangka berupaya menarik minat generasi […]

today23 November 2021

Ekonomi

Peluang wakaf unit amanah untuk manfaat ummah

PETALING JAYA – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) melancarkan perkhidmatan baharu, iaitu Wakaf ASNB yang membuka peluang kepada pelabur untuk melaksanakan amal kebajikan menerusi dana unit amanah ASNB mereka. Menerusi kemudahan tersebut, unit amanah yang diwakafkan oleh pelabur akan dikekalkan sebagai pelaburan pokok bagi menjana pulangan tahunan. Pulangan daripada pelaburan pokok tersebut kemudiannya akan disalurkan kepada projek-projek berkepentingan awam pada setiap tahun dan ianya berterusan walaupun setelah pelabur meninggal dunia. […]

today22 November 2021

Ekonomi

Unit amanah PNB patuh syariah

Sembang Korporat UMAT Islam di negara ini semakin celik kewangan dan melabur dalam saham amanah menjadi antara topik yang sering dibincangkan. Namun dalam mencari potensi pertumbuhan modal, kepatuhan terhadap prinsip serta asas syariah tetap menjadi keutamaan kerana sebagai Muslim, apa yang dicari bukan sekadar keuntungan, malah keberkatan. Menyedari keperluan ini, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam memenuhi mandatnya untuk meningkatkan kekayaan ekonomi Bumiputera dan rakyat, firma pelaburan terbesar itu telah memulakan […]

today22 November 2021

Ekonomi

Cawangan perdana sulung Grand Senheng Elite dibuka di SS2

PETALING JAYA – Senheng me­lancarkan cawangan perdana pertamanya, iaitu Grand Senheng Elite di SS2, dekat sini yang menawarkan pengalaman membeli-belah berbeza buat pelanggan. Melalui keluasan 14,000 kaki persegi (1,300 meter persegi), Grand Senheng Elite membawakan konsep ‘kedai dalam kedai,’ memberi peluang kepada pengunjung untuk mencuba sendiri semua barangan yang ditawarkan dari pelbagai jenama. Presiden Senheng Electric (KL) Sdn. Bhd., Lim Kim Chieng berkata, syarikat kini memiliki 104 cawangan di seluruh […]

today21 November 2021

Ekonomi

Selangor ideal untuk pelabur asing wujud hab global

KUALA LUMPUR – Negeri Se­langor disifatkan sebagai lokasi yang ideal bagi pelabur asing mewujudkan hab perniagaan global, khususnya dalam meme­nuhi pertumbuhan permintaan di rantau ASEAN yang kini pesat berkembang. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini kerana Selangor adalah pintu masuk ASEAN kerana kedudukannya yang strategik, disokong kemudahan infrastrukturlengkap termasuk dua lapangan terbang antarabangsa, pelabuhan kontena kedua terbesar di rantau ini dan rangkaian jalan raya serta landasan kereta […]

today19 November 2021

Ekonomi

MSD mula bersiaran secara online

PETALING JAYA – Minggu Saham Digital (MSD) 2021 yang bersiaran secara online bermula semalam sehingga 23 November 2021 bakal dilancarkan secara rasmi pada tengah hari ini. Pelancaran inisiatif literasi kewangan dan pelaburan anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu, yang membawa tema #LaburBersama akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. MSD adalah adaptasi digital Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang telah dianjurkan secara fizikal selama dua dekad sejak […]

today18 November 2021

Ekonomi

Maybank Islamic HouzKEY untuk Chambers, Kuala Lumpur

PETALING JAYA – Pembeli projek kediaman berbilang tingkat Chambers, Kuala Lumpur oleh Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) kini ditawarkan pembiayaan HouzKEY oleh Maybank Islamic. Kemudahan tersebut menyediakan pembiayaan 100 peratus, kadar faedah di bawah paras tiga peratus dan tiada sebarang pembayaran pembiayaan sepanjang tempoh pembinaan. Ketua Pegawai Eksekutif Matrix Concepts, Leong Jee Van berkata, Chambers merupakan apartmen perkhidmatan berstatus pegangan bebas, terdiri daripada 509 unit kediaman di tengah-tengah ibu […]

today14 November 2021