Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

[email protected]

69 Results / Page 3 of 8

Aktiviti Komuniti di Kool FM

Art of Healing 25 #TheTruthIs

"The Art of Healing 2025: #TheTruthIs" anjuran myWIPhealing akan berlangsung pada 11-12 Oktober di ASWARA, Kuala Lumpur. Acara impak sosial ini menggunakan ekspresi kreatif (seni, tarian, perbincangan) untuk mentakrifkan semula ketagihan sebagai kondisi berasaskan otak, mengurangkan stigma, dan mempromosikan pemulihan holistik serta sokongan komuniti. Masuk adalah percuma dan terbuka buat semua! Maklumat lanjut di media sosial Aswara

today1 October 2025

Aktiviti Komuniti di Kool FM

KARNIVAL BACA PERDANA DAN PESTA BUKU SARAWAK 2025

KARNIVAL BACA PERDANA DAN PESTA BUKU SARAWAK 2025 KEMBALI LAGI! Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia dengan Kerjasama Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan Karnival Baca Perdana dan Pesta Buku Sarawak 2025 pada ketetapan berikut: Tarikh: 27 September – 5 Oktober 2025 Lokasi: The Hills, Kuching, Sarawak Masa: 10.00 pagi - 6.00 petang Semua dijemput hadir dan masuk percuma! Pelbagai aktiviti menarik menanti anda.

today29 September 2025

Aktiviti Komuniti di Kool FM

HARI CUCI MALAYSIA 2025

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menganjurkan Hari Cuci Malaysia. Sertai Hari Cuci Malaysia 2025, program pembersihan mega seluruh negara sempena World Cleanup Day 2025! Ayuh kita bersama-sama menjaga kebersihan dan keindahan alam sekitar pada 27 September 2025 (Sabtu) di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson, Negeri Sembilan bermula dari jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang. Semua dijemput hadir untuk menyemarakkan semangat Malaysia MADANI dan memupuk budaya cintakan kebersihan demi masa […]

today25 September 2025

Aktiviti Komuniti di Kool FM

Karnival Minggu Sains Negara (MSN) Zon Selatan 2025

Karnival Minggu Sains Negara 2025 kini telah tiba. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mengadakan Karnival Minggu Sains Negara 2025 di negeri Sarawak, Terengganu, Sabah, Johor, Kedah dan Kuala Lumpur. Program ini merupakan antara inisiatif Kerajaan dalam memperkasakan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta menggalakkan lebih ramai pelajar dan belia meminati bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Terdapat pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang karnival antaranya Bas Pameran Bergerak […]

today25 September 2025

Aktiviti Komuniti di Kool FM

KEMPEN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA (BMSS) 2025

Kementerian Kesihatan Malaysia akan melaksanakan Kempen Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2025 sepanjang bulan September dan Oktober ini. Siri jelajah penutup akan diadakan di Sunway Putra Mall pada 24 hingga 26 Oktober 2025. Pelbagai aktiviti akan dijalankan termasuk karnival, program jelajah, acara 10,000 langkah, aktiviti Outreach WoW dan Open Day BMSS@Wellness Hub. Aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan secara meluas di peringkat komuniti, tempat kerja serta institusi pendidikan dengan kerjasama rakan strategik. Ikuti […]

today22 September 2025

Aktiviti Komuniti di Kool FM

Hari Terbuka Club House, Laketown, Bukit Merah, Perak

Hari Terbuka Club House, Laketown, Bukit Merah, Perak bakal diadakan sempena meraikan ulang tahun Koperasi Banjar Bagan Serai, Perak pada 15 September ini dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung disediakan! Terdapat juga sukaneka rakyat untuk golongan dewasa dan juga kanak-kanak. Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor 019-5765790

today12 September 2025

Aktiviti Komuniti di Kool FM

Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2025

Bersiap sedia untuk Hari Sukan Negara 2025! Sambutan akan berlangsung serentak di seluruh negara, di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan pada 10 hingga 12 Oktober. Peringkat kebangsaan tahun ini diadakan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak – menjanjikan pelbagai aktiviti menarik untuk semua lapisan masyarakat seperti Kayuhan MADANI, Larian ria MADANI, Berjalan 1500 Langkah sempena World Walking Day dan banyak lagi. Sejak 2015, HSN telah menyatukan rakyat Malaysia ke […]

today12 September 2025

Aktiviti Komuniti di Kool FM

KEMBARA ILMU INI WARISAN KITA : SENTUHAN KOMUNITI BESTARI @ DABONG

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) menjemput orang ramai untuk hadir ke Program Kembara Ilmu Ini Warisan Kita & Sentuhan Komuniti Bestari @ Dabong. 📅 12 - 13 September 2025 (Jumaat - Sabtu) ⏰ 8.00 pagi - 6.00 petang 📍 Padang Awam Kuala Gris, Dabong, Kelantan Bersama-sama mengimarahkan budaya membaca, mengukuhkan jalinan komuniti dan menikmati pelbagai pengisian menarik yang telah disediakan.

today11 September 2025