Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

4431 Results / Page 424 of 493

Ekonomi

PKP paksa suami isteri teroka perniagaan baharu

KUALA SELANGOR – Pengalaman hampir dua tahun ‘berkurung’ ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat peningkatan kes Covid-19 membuatkan pasangan Hassan Suray dan Siti Jazila Md. Ali nekad mencuba cabang perniagaan baharu. Sebelum ini, kedua-duanya yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) terlibat dalam sektor pembinaan dan bekerja sebagai kontraktor, namun ruang masa yang ada ketika berkurung membolehkan pasangan ini mencuba pelbagai resipi baharu. Setelah […]

today18 February 2022

Ekonomi

Bank Islam penuhi keperluan profesional

PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) semalam memeterai memorandum persefahaman (MoU) dan kolaborasi strategik bersama tiga pertubuhan profesional negara bagi menyediakan penyelesaian perbankan patuh syariah lengkap buat ahli pertubuhan berkenaan. Pertubuhan terlibat adalah Pertubuhan Arkitek Malaysia, Persatuan Keselamatan dan Ke­sihatan Pekerjaan Malaysia dan Institut Akauntan Malaysia yang secara kumulatifnya menaungi 44,500 ahli berdaftar. BIMB akan menawarkan penyelesaian kewangan merangkumi pembiayaan peribadi, produk deposit serta pengurusan kekayaan selain produk […]

today18 February 2022

Ekonomi

KIDaF sasar jual 10,000 kotak susu kambing sebulan

BANDAR BAHARU – Kompleks Islam Darul Faizin (KIDaF) di Kampung Bukit Aping, Serdang di sini menerusi anak syarikatnya Al-Faizin Marketing melancarkan tiga lagi variasi perisa bagi produk susu kambing jenama Faa-iz bagi memenuhi permintaan pengguna. Pengerusinya, Jafri Abu Bakar @ Mahmud berkata, pengguna kini boleh menikmati susu kambing Faa-iz berperisa coklat, vanilla dan strawberi selain rasa asli yang diperkenalkan lebih awal iaitu sejak lebih setahun lalu. “Kami bermula dengan susu […]

today18 February 2022

Ekonomi

Neo Wellness cadang buka pusat rawatan di setiap negeri

KOTA BHARU – Neo Beqam Sdn. Bhd. bercadang membuka pusat rawatan bekam klinikal secara bersepadu di bawah jenama Neo Wellness di setiap negeri bagi memudahkan lebih ramai pelanggan mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang disediakan. Pengasas kumpulan perubatan itu, Prof Dr. Ab Aziz Al Safi Ismail berkata, buat masa ini, syarikat beroperasi di Kubang Kerian dekat sini sejak mula menawarkan rawatan bekam sejak tahun 2015. Menurutnya, pusat tersebut dilengkapi peralatan berteknologi […]

today18 February 2022

Ekonomi

A&W sasar pembukaan 150 cawangan baharu

SEREMBAN – Pengendali jenama restoran makanan segera, A&W Malaysia Sdn. Bhd. (A&W) menyasarkan pembukaan lebih 150 cawangan baharu di seluruh negara menjelang 2025, melibatkan peruntukan sebanyak RM75 juta. Ketua Pegawai Eksekutifnya, George Ang berkata, untuk tahun ini, syarikat merancang untuk menambah 25 cawangan baharu terutamanya di Sabah dan Sarawak. “Kami sudah mempunyai 70 cawangan A&W di Semenanjung dan salah satu pelan pengembangan syarikat adalah untuk membuka cawangan baharu di Malaysia […]

today17 February 2022

Ekonomi

Produk serum bantu merawat, memulihkan kulit individu

PETALING JAYA – Organic Skean Remedies Sdn. Bhd., pengeluar produk penjagaan kesihatan dan penjagaan kecantikan berjenama NURA+, optimis pendekatan holistik secara dalaman dan luaran oleh produk keluarannya bakal mengukuhkan jenama syarikat dalam jangka masa panjang. Pengasas syarikat, Haslinda Mohd. Eunos berkata, buat masa ini, produk Serum NURA+ telah menerima testimoni positif yang menggambarkan kepuasan pe­langgan. Menurutnya, syarikat mula mengedarkan produk serum NURA+ pada 2019 setelah ia me­lalui kajian dan pembangunan […]

today17 February 2022

Ekonomi

Pinjaman untuk berniaga di festival raya di MITEC

PETALING JAYA – Absolut Event & Management Sdn. Bhd. (Absolut Event & Management) prihatin terhadap nasib peniaga kecil yang mahu bangkit berniaga selepas terkesan daripada impak pandemik Covid-19 menyediakan dana pinjaman khusus kepada kumpulan tersebut untuk menyertai festival raya anjuran syarikatnya. Pengarah syarikat, Ben Ali berkata, pelan pembayaran pinjaman secara ansuran untuk ­menyertai festival itu dilihat dapat membantu peniaga kecil membeli stok barangan, sekali gus menjadikan festival raya itu sebagai […]

today16 February 2022

Ekonomi

Garam Sasa tembusi pasaran tempatan

SEREMBAN – Red Sea Industries Sdn. Bhd. (Red Sea) pengimport dan pengedar garam jenama Sasa di rantau Asia Tenggara, sedang menyusun strategi untuk meluaskan penguasaan pasarannya dan kembali aktif mempromosikan kebaikan bahan semula jadi itu kepada umum. Pengarah Urusannya, Syafirol Hafiz Arsad berkata, garam yang dihasilkan di sebuah kilang pengeluaran terbesar di Arab Saudi iaitu Saudi Automatic Salt Refinery di Jeddah itu mula dipasarkan di Malaysia sejak bulan Jun tahun […]

today16 February 2022