Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Pinjaman untuk berniaga di festival raya di MITEC

today16 February 2022

Background


PETALING JAYA – Absolut Event & Management Sdn. Bhd. (Absolut Event & Management) prihatin terhadap nasib peniaga kecil yang mahu bangkit berniaga selepas terkesan daripada impak pandemik Covid-19 menyediakan dana pinjaman khusus kepada kumpulan tersebut untuk menyertai festival raya anjuran syarikatnya.

Pengarah syarikat, Ben Ali berkata, pelan pembayaran pinjaman secara ansuran untuk ­menyertai festival itu dilihat dapat membantu peniaga kecil membeli stok barangan, sekali gus menjadikan festival raya itu sebagai platform untuk mereka menjana pendapatan.

Menurutnya, penganjuran festival raya yang dipercayai terbesar selepas pandemik itu akan diadakan tanpa henti selama 66 jam bermula 22 April tahun ini bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

“Kami menjangkakan satu juta orang berkunjung ke festival raya kerana ia bakal menjadi tarikan popular masyarakat untuk membuat persiapan hari raya setelah dua tahun kita…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Garam Sasa tembusi pasaran tempatan

SEREMBAN – Red Sea Industries Sdn. Bhd. (Red Sea) pengimport dan pengedar garam jenama Sasa di rantau Asia Tenggara, sedang menyusun strategi untuk meluaskan penguasaan pasarannya dan kembali aktif mempromosikan kebaikan bahan semula jadi itu kepada umum. Pengarah Urusannya, Syafirol Hafiz Arsad berkata, garam yang dihasilkan di sebuah kilang pengeluaran terbesar di Arab Saudi iaitu Saudi Automatic Salt Refinery di Jeddah itu mula dipasarkan di Malaysia sejak bulan Jun tahun […]

today16 February 2022