Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

4431 Results / Page 426 of 493

Ekonomi

MR D.I.Y. kongsi kegembiraan bersama golongan kurang bernasib baik

PETALING JAYA – Peruncit pembaikan rumah terbesar di Malaysia, MR D.I.Y. Group (M) Bhd. (MR D.I.Y.) berkongsi kegembiraan sambutan Tahun Baharu Cina (CNY) baru-baru ini bersama golongan kurang bernasib baik di seluruh negara. Lebih 400 penghuni di 15 rumah kebajikan, termasuk kanak-kanak, orang kelainan upaya dan warga emas menerima pakej mengandungi barangan kegunaan harian daripada MR D.I.Y. Selain itu, setiap rumah kebajikan terlibat turut menerima barangan elektrik rumah seperti periuk […]

today11 February 2022

Ekonomi

Negara mampu capai pertumbuhan tiga peratus

PETALING JAYA – Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada suku keempat tahun 2021 dilihat mampu mencapai pertumbuhan kukuh, dianggarkan pada kadar sekitar tiga peratus. Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ini bersandarkan kepada petunjuk positif dalam beberapa sektor utama negara yang mencatat pertumbuhan menggalakkan. “Saya lihat unjuran pertumbuhan positif dalam  lingkungan tiga peratus adalah satu angka yang  realistik, berikutan beberapa siri pertumbuhan […]

today10 February 2022

Ekonomi

Fokus pembaharuan undang-undang buruh – Kosmo Digital

PETALING JAYA – Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) menyeru kerajaan supaya menumpukan perhatian kepada pembaharuan undang-undang buruh dan produktiviti, berbanding memperkenalkan gaji minimum baharu. Pengerusinya, Datuk William Ng berkata, ketika pihak persatuan tidak menentang sebarang kenaikan munasabah dalam gaji minimum, kenaikan tersebut perlu selaras dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan produktiviti buruh. Jelas beliau, pembaharuan undang-undang buruh penting supaya selari dengan perkembangan ekonomi gig dan ekonomi […]

today10 February 2022

Ekonomi

Superbig Capital sasar buka 20 farmasi tahun ini

PETALING JAYA – Superbig Capital Berhad (Superbig Capital) melalui anak syarikatnya, Superbig Healthcare Sdn Bhd (Superbig Healthcare) mengunjurkan jualan minimum antara RM25 juta hingga RM35 juta dengan pembukaan 20 cawangan baharu pada tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Superbig Capital, sasaran tersebut mampu dicapai berdasarkan aliran peningkatan pelanggan yang cenderung me­ngunjungi farmasi untuk mendapatkan bekalan ubat-ubatan dan vitamin serta makanan tambahan berbanding fasiliti yang disediakan di hospital dan juga klinik. […]

today10 February 2022

Ekonomi

Petronas, Mitsui teroka peluang pengangkutan CO2

PETALING JAYA – Petronas bersama syarikat perkapalan utama global, Mitsui O.S.K. Lines. Ltd. (MOL) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk meneroka peluang dalam pengangkutan karbon dioksida (CO2) cecair bagi rantaian nilai penyimpanan, penggunaan dan penangkapan karbon (CCUS) di rantau Asia Pasifik dan ­Oceania. MoU itu ditandatangani secara maya pada Isnin lalu oleh Naib Presiden Eksekutif Petronas dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Petronas, Adif Zulkifli bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MOL, […]

today10 February 2022

Ekonomi

KAPB optimis peroleh 10,000 ahli

SHAH ALAM – Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) optimis mampu mencapai sasaran memperoleh seramai 10,000 ahli pada tahun ini. Jumlah itu merangkumi lebih 7,000 ahli sedia ada di seluruh negara sejak koperasi berkenaan mula ditubuhkan pada 2014. Setiausaha KAPB, Sahidi Mohamad berkata, sasaran itu didorong hasil kekukuhan pulangan dividen pelaburan sebanyak lapan peratus setiap tahun. “Kami telah menetapkan jumlah pelaburan minimum hanya RM1,000 bagi setiap ahli. “Keyakinan ahli koperasi kekal […]

today10 February 2022

Ekonomi

Jurujual menang peraduan Beli & Menang MR D.I.Y x P&G

PETALING JAYA – Seorang pembantu jualan, Nurul Salmie Hanafi, 29, membawa pulang sebuah peralatan memasak pintar, Thermomix TM6 menerusi pe­raduan anjuran peruncit pembaikan rumah, MR D.I.Y. bersama syarikat barangan pengguna, Procter & Gamble Sdn. Bhd. (P&G). Peraduan tersebut menyaksikan lebih 500 pelanggan bertuah memenangi hadiah bernilai lebih RM80,000, termasuk telefon pintar iPhone 13 Pro, televisyen pintar 55 inci, kerusi gaming dan baucar tunai. Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh […]

today9 February 2022

Ekonomi

Kadar pengangguran terus menurun – Kosmo Digital

PETALING JAYA – Kadar pe­ngangguran di negara ini terus merosot kepada 4.2 peratus de­ngan 687,600 orang penganggur direkodkan pada Disember lalu, berdasarkan Statistik Tenaga Buruh Malaysia yang diterbitkan Jabatan Perangkaan semalam. Ia berbanding kadar pengangguran sebanyak 4.3 peratus, melibatkan 694,400 penganggur yang dicatatkan pada November tahun lalu. Selain itu, bilangan tenaga buruh terus meningkat pada kadar 0.2 peratus kepada 16.34 juta orang, daripada 16.3 juta pada November 2021. Ketua Perangkawan, […]

today9 February 2022

Ekonomi

WoW anjur kempen kesuburan wanita

KAJANG – Berdepan era moden yang disogok dengan ledakan teknologi maklumat serta mudah mendapatkan informasi di media sosial, isu berhubung tahap kesihatan wanita dan kesuburan dalam meniti usianya ke alam keibubapaan sering dilupakan begitu sahaja. Masyarakat kini beranggapan semua jawapan begitu mudah diperoleh melalui maklumat di internet, tetapi hakikatnya ilmu sebenar mengenai kesuburan dan perjalanan meniti ke alam kewanitaan dan keibubapaan perlu dilakukan melalui penyertaan dalam majlis ilmu yang melibatkan […]

today8 February 2022