Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

4431 Results / Page 435 of 493

Ekonomi

Sunway buka hospital, pusat beli belah baharu di Ipoh

Oleh LIYANA RAMLI IPOH – Landskap pembangunan di Bandar Sunway di sini bakal berubah wajah apabila sebuah hospital swasta bertaraf antarabangsa dan pusat beli belah baharu akan dibina menjelang 2025. Terletak di kawasan kehijauan di kelilingi bukit batu kapur berusia 260 juta tahun, ia akan memacu status bandar Ipoh sebagai hab pelancongan perubatan. Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Jeffrey Cheah berkata, projek pembangunan mega Sunway yang berkeluasan 1,350 […]

today10 January 2022

Ekonomi

MR D.I.Y. jamin kekalkan harga

PETALING JAYA – Dalam persekitaran inflasi yang sema­kin meningkat, seterusnya membawa kepada peningkatan harga pelbagai barangan keperluan, peruncit perkakasan rumah terbesar di Malaysia, MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.) memberi jaminan harga jualan di kedainya tidak akan dinaikkan. Ia menerusi inisiatif ‘Harga Dikunci: Harga Kami Tetap Sama’ yang dilancarkan syarikat baru-baru ini, menjanjikan pengekalan harga rendah di ketiga-tiga jenama kedainya, iaitu MR. D.I.Y., MR. TOY dan MR. DOLLAR sehingga […]

today10 January 2022

Ekonomi

Mangsa bah Hulu Langat dibantu

PETALING JAYA –  FM Media Communications bersama Jakel, Koperasi Usahawan Maju Berhad (Koperasi Usahawan Maju), Kelab Kebajikan Ikhtiar Ampang (KKIA) dan Naan Corner Restaurant 1983 telah bekerjasama membantu mangsa banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat baru-baru ini. Melalui Tabung Misi Bantuan Kecemasan Banjir yang dilancarkan baru-baru ini, sebanyak 50 buah rumah telah menerima sumbangan wang ringgit dan juga barangan keperluan lain seperti tikar, kain, tudung dan makanan. Pengarah Eksekutif […]

today7 January 2022

Ekonomi

Pecca beri ganjaran kepada pemegang saham

PETALING JAYA – Pecca Group Berhad (Pecca) memberi ganjaran kepada pemegang sahamnya atas kesetiaan dan sokongan yang berterusan daripada mereka melalui cadangan terbitan bonus. Cadangan terbitan bonus sehingga 564 juta saham biasa baharu (saham bonus) dalam Pecca itu berdasarkan kepada tiga saham bonus untuk setiap satu saham sedia ada yang dipegang. Menurut makluman Kumpulan kepada Bursa Malaysia, cadangan tersebut bakal memberi peluang kepada penyertaan ekuiti yang lebih besar kepada pemegang […]

today7 January 2022

Ekonomi

Roslan Abdullan Timbalan CEO Proton

PETALING JAYA – Proton mengumumkan pelantikan Roslan Abdullah sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bermula 1 Januari 2022. Beliau sebelum ini menjawat Naib Presiden, bahagian Pemasaran dan Jualan untuk Proton dan juga sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Proton Edar Sdn. Bhd. sejak 1 Jun 2020. Pemegang ijazah Sarjana Kewangan dan Perakaunan daripada Universiti Brighton, United Kingdom itu mempunyai pengalaman selama tiga dekad dalam bidang automotif termasuk di Motosikal dan Enjin Nasional […]

today6 January 2022

Ekonomi

MAHB salur RM3.7 juta buat kakitangan terjejas banjir

PETALING JAYA – Malaysia Airports menyediakan peruntukan RM3.7 juta untuk membantu kakitangannya yang terjejas ekoran bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung baru-baru ini. Ia termasuk RM3 juta sumbangan tunai kepada 1,034 kakitangan Malaysia Airports yang terlibat serta pelbagai jenis bantuan dijalankan semasa banjir seperti misi menyelamat, penyediaan penempatan sementara, bantuan keperluan asas dan pembersihan kediaman yang terjejas. Sejumlah RM700,000 turut diagihkan melalui program Zakat Wakalah kepada mangsa yang […]

today6 January 2022

Ekonomi

LBS sasar jualan RM1.6 bilion 2022

PETALING JAYA – Pemaju hartanah, Kumpulan LBS Bina Bhd. (LBS) mengunjurkan pencapaian lebih baik tahun ini dengan sasaran jualan RM1.6 bilion. Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Lim Hock San berkata, keyakinan itu berdasarkan pencapaian membanggakan tahun lalu dengan jualan RM1.575 bilion, 31 peratus lebih tinggi berbanding sasaran awal pada RM1.2 bilion dalam keadaan pasaran tidak menentu akibat Covid-19. “Tahun ini, kami bercadang melancarkan 14 projek baharu meliputi kawasan Lembah Klang, Johor, […]

today6 January 2022

Ekonomi

Tengku Ahmad Badli Shah CEO baharu Agrobank

PETALING JAYA – Agrobank mengumumkan pelantikan Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkuatkuasa 3 Januari 2022. Berbekalkan 29 tahun pengalaman dalam bidang perbankan dan kewangan, Tengku Ahmad Badli Shah merupakan seorang yang berkaliber dan berpengalaman serta mempunyai sejarah prestasi yang membanggakan dalam industri. Sebelum berkhidmat di Agrobank, beliau telah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan di beberapa institusi kewangan di Malaysia iaitu Pelaburan Mara Berhad, Kuwait […]

today5 January 2022

Ekonomi

Bestari, Sheila Rusly jalin kerjasama

PETALING JAYA – Syarikat pengeluar serbuk kari segera, Bestari Sales and Marketing Sdn. Bhd. (Bestari) menjalinkan kerjasama dengan selebriti serba boleh, Sheila Rusly sebagai satu gandingan ideal untuk berkongsi kreativiti serta resipi bagi mereka yang sibuk. Pengarah Pemasaran ­Bestari, Gabriel Lai berkata, Sheila dipilih untuk bekerjasama dengan Bestari sepanjang 2022 berdasarkan kepada ke­sungguhan dan minat memasak dimilikinya, selain tidak lokek berkongsi resipi dengan lebih tiga juga pengikutnya di laman sosial. […]

today5 January 2022