Proton rekod jualan tertinggi 2021
PETALING JAYA – Jenama automotif nasional, Proton mengakhiri 2021 dengan rekod jualan tertinggi sejak 2014 setelah 114,708 unit kenderaannya terjual di pasaran domestik dan eksport, pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus berbanding 2020. Pertumbuhan jualan buat tahun ketiga berturut-turut itu meletakkan tahap pegangan pasaran Proton tahun lalu dianggarkan meningkat kepada 22.7 peratus, mengukuhkan kedudukan syarikat di tangga kedua. Lebih mengujakan, prestasi itu dicatatkan ketika jumlah keseluruhan industri (TIV) tahun lalu dianggarkan merosot […]