Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

4433 Results / Page 442 of 493

Ekonomi

Haily peroleh kontrak RM40.67 juta daripada Senibong

PETALING JAYA – Haily Group Berhad (Haily) melalui  anak syarikat milik penuhnya Haily Construction Sdn. Bhd. (Haily Construction) telah memperoleh kontrak RM40.67 juta daripada Austin Senibong Development Sdn Bhd. (Senibong). Menurut maklumannya kepada Bursa Malaysia Securities Berhad, Kumpulan berkata, kontrak tersebut membabitkan cadangan pembinaan dan penyiapan 99 unit pejabat kedai tiga  tingkat, satu unit pencawang TNB dan empat  unit pencawang kompak Tenaga Nasional Berhad di Tebrau, Johor Bahru, Johor. Pengarah […]

today21 December 2021

Ekonomi

Northport terima Anugerah Pengurusan Keselamatan Pelabuhan Terbaik

PETALING JAYA – Northport (Malaysia) Berhad (Northport), ahli Kumpulan MMC,  telah memenangi Anugerah Pengurusan Keselamatan Pelabuhan Terbaik atas inisiatifnya mengekalkan standard amalan keselamatan dan kesihatan yang tinggi di tempat kerja, terutamanya semasa pandemik Covid-19. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk  Azman Shah Mohd. Yusof berkata, dalam menguruskan pandemik, Kumpulan telah mewujudkan dan melaksanakan Pelan Kesinambungan Perniagaan (BCP) dengan berkesan bagi memastikan langkah-langkah yang mencukupi disediakan demi kesinambungan operasi serta jaminan perniagaan Northport […]

today21 December 2021

Ekonomi

BNM umum pembiayaan RM200 juta untuk PMKS

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kemudahan pembiayaan sebanyak RM200 juta yang disediakan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas akibat banjir di seluruh negara baru-baru ini melalui Kemudahan Bantuan Bencana 2022 (Disaster Relief Facility, DRF 2022). Menurut kenyataan bank pusat, DRF 2022 akan membantu PKS menampung kos membaiki dan/atau mengganti aset untuk kegunaan perniagaan (cth. loji dan mesin) yang telah rosak akibat banjir; dan/atau untuk […]

today20 December 2021

Ekonomi

Dua ciri baharu Grab bantu pelanggan menghantar hadiah ke lima negara Asia Tenggara dengan pantas

PETALING JAYA – Pengguna Grab kini boleh menghantar cenderahati atau memesan makanan mengikut permintaan kepada orang tersayang merentas negara ini dengan lebih pantas menerusi dua ciri terbaharu di aplikasinya. Pertama adalah Grabfits, yang mana pengguna aplikasi Grab boleh menghantar terus baucer kepada orang tersayang di lima bandar raya di Asia Tenggara. Manakala, ciri kedua adalah menggunakan 100+ Cities Delivery (BETA) yang membolehkan pengguna membuat pesanan dan menghantar makanan serta hadiah […]

today20 December 2021

Ekonomi

Wealthpier bakal disenarai di Bursa Malaysia menjelang tahun 2025

PETALING JAYA – Cara orang muda berniaga sangat berbeza kerana mereka memiliki idea pemikiran yang baharu, berani mencuba meskipun berisiko dan bersemangat kuat. Menjadi trendsetter, mungkin itulah gelaran yang boleh diberikan kepada pasangan suami isteri, Muhammad Azim Ishuddin, 30 dan Idayu Ideris, 30, yang mana keduanya memiliki ijazah dalam biokimia dan memboleh­kan mereka memiliki keistimewaan tersendiri untuk mengoperasikan hala tuju perniagaan sendiri. Mula berniaga sejak umur 19 tahun, Muhammad Azim […]

today20 December 2021

Ekonomi

Bank Islam tawar Bantuan Prihatin Banjir

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) menawarkan Bantuan Prihatin Banjir untuk membantu para pelanggan pembiayaan yang terjejas. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, di bawah inisiatif tersebut, pelanggan yang mempunyai kemudahan pembiayaan BIMB boleh memohon bantuan kewangan untuk tempoh sehingga enam  bulan terhadap komitmen bulanan mereka. Selain itu, bank juga tidak akan mengenakan sebarang bayaran bagi penggantian kad ATM dan debit serta buku cek yang rosak atau hilang […]

today20 December 2021

Ekonomi

Jangan anak tirikan industri vape

Sembang Korporat PETALING JAYA – Industri rokok elektronik termasuk vape kini menjadi salah satu alternatif terbaik bagi perokok tegar mengurangkan ketagihan menghisap rokok konvensional. Ia didakwa dapat membantu mengurangkan ketagihan nikotin yang mana kebanyakan vape hanya mengandungi lima peratus nilai nikotin di dalam satu perisa. Namun, masih ada sesetengah pihak mempertikaikan industri tersebut sebagai satu cabang yang memudaratkan pengguna kerana sehingga kini perbahasan mengenai kelebihan dan kelemahan vape tiada noktahnya […]

today20 December 2021

Ekonomi

Maybank, Etiqa sedia bantu mangsa banjir di seluruh negara

PETALING JAYA – Maybank  menawarkan bantuan  banjir kepada pelanggan individu, PKS dan pelanggan bukan runcit lain yang terjejas akibat banjir besar susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri  Abdul Farid Alias berkata, bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir, yang turut menyebabkan kerosakan harta benda yang besar dan kesulitan lalulintas. Menurut beliau, pelanggan boleh memohon bantuan tersebut melalui dua saluran […]

today19 December 2021

Ekonomi

AmBank bakal lancar Program Bantuan Banjir

PETALING JAYA – Kumpulan AmBank bakal melancarkan bantuan yang disasarkan untuk para pelanggan yang terjejas akibat bencana banjir di seluruh negara. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, ini adalah masa yang mencabar untuk seluruh rakyat dan pihaknya komited  menyediakan bantuan kepada semua pelanggan  yang terjejas melalui Program Bantuan Banjir. “Program ini menyediakan bantuan yang difokuskan kepada pelanggan yang layak dan sedang bergelut dengan kesan akibat banjir. “Pelanggan […]

today19 December 2021