MSC bakal dijenamakan semula sempena sambut ulang tahun ke-25
PETALING JAYA – Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bakal merombak dan menjenamakan semula inisiatif MSC Malaysia sempena menyambut ulang tahun ke-25 pada tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz berkata, MSC yang baharu dan ditambah baik itu bakal berusaha mempercepatkan penyertaan semua pihak dalam ekonomi digital. Jelasnya, pada masa sama, ia dapat menangani kebimbangan mengenai jurang digital yang semakin meluas dengan menyediakan akses yang saksama kepada peralatan, pengetahuan dan […]