MR. DOLLAR buka cawangan ke-50
PETALING JAYA – Anak syarikat MR D.I.Y. Group (M) Berhad, MR. DOLLAR membuka cawangannya yang ke-50 di Sunway Pyramid, Selangor baru-baru ini yang menawarkan suasana beli-belah selesa dengan pilihan 12,000 jenis produk. Terdapat 10 kategori barangan ditawarkan berupa coklat & manisan; snek & biskut; bahan masakan; barangan runcit; minuman; produk bakeri; makanan sejuk beku; keperluan rumah; perkakasan serta alat tulis, mainan & sukan yang dijual pada harga RM2 atau RM5. […]