Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

4449 Results / Page 459 of 495

Ekonomi

Ahli KWSP perlu bekerja 4-6 tahun untuk bina semula simpanan 

PETALING JAYA –  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini fokus dalam membantu ahli membina semula simpanan  demi masa depan persaraan mereka.  Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kemudahan pengeluaran untuk i Lestari, i-Sinar dan juga i-Citra bersifat luar biasa dan ia diperkenalkan berikutan pandemik yang telah memberikan impak besar terhadap ekonomi negara. Bagaimanapun, pengeluaran tersebut telah mengakibatkan sejumlah RM101 bilion dan disalurkan kepada lebih 7.4 juta ahli, atau lebih daripada separuh jumlah […]

today31 October 2021

Ekonomi

Mercedes Benz pasang model GLA dan A-Class Sedan di Pekan

KUALA LUMPUR – Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mengukuhkan segmen tempatannya dengan menambah dua model pemasangan tempatan (CKD) di kilangnya di Pekan, Pahang. Menurut Naib Presiden Jualan dan Pemasaran MBM, Michael Jopp, dua model itu ialah GLA dan A-Class Sedan yang menawarkan dua varian bagi setiap model. Katanya, antara varian yang ditawarkan seperti GLA 250 AMG Line, GLA 200 Progressive Line, A 250 AMG Line dan A200 Progressive Line. “Penambahan baharu pada […]

today30 October 2021

Ekonomi

E-rokok terbukti kurang mudarat – Kosmo Digital

Oleh Dr. Kumar Subramaniam, Pengamal Perubatan Psikiatri PENTADBIRAN Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA AS) pada 12 Oktober lalu mengumumkan kebenaran set pertama produk e-rokok untuk dijual di AS. Dengan keputusan ini, agensi itu memberi isyarat bahawa mereka percaya produk vape menawarkan peluang kepada perokok untuk berhenti merokok dengan pendedahan yang kurang mudarat kepada bahan kimia berbahaya. FDA dalam kenyataannya berkata, kebenaran itu merupakan satu langkah penting ke arah memastikan […]

today29 October 2021

Ekonomi

Agrobank tawar Dana Agromakanan Keluarga Malaysia bernilai RM110 juta

PETALING JAYA –  Agrobank menerusi kerjasama strategiknya bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah memperuntukkan RM110 juta bagi kempen pembiayaannya yang dinamakan Dana Agromakanan Keluarga Malaysia. Kempen pembiayaan tersebut ditawarkan bersempena konsep Keluarga Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 23 Oktober lalu. Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, pelancaran kempen ini bertepatan dengan masanya kerana ia juga adalah selaras dengan Dasar Agromakanan Negara […]

today29 October 2021

Ekonomi

Bajet 2022 dijangka terbesar, bantu setiap anggota Keluarga Malaysia

PETALING JAYA – Pembentangan Bajet 2022 petang ini dijangka melibatkan peruntukan terbesar, sekitar RM350 bilion yang memfokuskan kepada pembangunan semu­la ekonomi dan memberi manfaat kepada setiap anggota Keluarga Malaysia. Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, bajet kali ini dijangka bersifat komprehensif dan kerajaan tidak akan mengehadkan sebarang perbelanjaan untuk membantu rakyat keluar daripada cabaran pandemik. “Ia bakal menjadi bajet terbesar berdasarkan kemampuan kerajaan […]

today29 October 2021

Ekonomi

Touch ‘n Go, Visa meterai kerjasama strategik

PETALING JAYA – Kumpulan Touch ‘n Go menerusi Touch ‘n Go eWallet telah memeterai kerjasama strategik dengan Visa untuk menyertai Program Laluan Pantas Teknologi Kewangan Visa, yang memberi akses bagi Touch ‘n Go kepada rangkaian rakan niaga dan sekutu global Visa Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Touch ‘n Go, Effendy Shahul Hamid berkata, program ini merupakan sebaha­gian daripada strategi Visa untuk membuka rangkaiannya dan memberikan sokongan kepada pelbagai peserta yang sedang […]

today29 October 2021

Ekonomi

BNM lancar duit syiling peringatan sempena ulang tahun Perkeso

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan  pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Ke-50. Duit syiling peringatan yang dilancarkan oleh  Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan terdiri dalam dua denominasi iaitu  duit syiling peringatan perak sterling berwarna (pruf) dan juga duit syiling peringatan emas Nodic Brilliant Uncirculated (B.U.). Duit syiling peringatan perak sterling berwarna (pruf) itu diperbuat daripada perak sterling dengan […]

today29 October 2021

Ekonomi

Saiz PMBSGEF bakal cecah RM15 juta

PETALING JAYA – PMB Investment Berhad (PMB Investment) menyasarkan saiz dana global pertamanya, PMB Shariah Global Equity Fund (PMBSGEF) bakal mencapai antara RM10 juta hingga RM15 juta menjelang akhir tahun ini. Saiz dana yang memberi akses mudah kepada pelabur untuk membina portfolio pelaburan patuh syariah di pasaran global itu juga dijangka bertambah kepada RM25 juta hingga RM50 juta dalam tempoh tahun pertama selepas pelancarannya. Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Mahani Ibrahim berkata, […]

today29 October 2021

Ekonomi

EPMB umum pelantikan baharu untuk pulihkan prospek syarikat

PETALING JAYA – EP Manufacturing Berhad (EPMB),  syarikat yang dalam automotif dan kejuruteraan, telah mengumumkan pelantikan dua pengarah baharu dalam Lembaga Pengarah selaras dengan hasrat Kumpulan untuk melaksanakan agenda perniagaan baharu bagi memulihkan prospek syarikat. Pengerusi Eksekutifnya, Hamidon Abdullah berkata, melalui pelantikan baharu ini, Kumpulan bagitu teruja untuk memulakan fasa pertumbuhan baharu ini dengan membawa bersama pelbagai pengalaman, rangkaian dan pencapaian. “Walaupun menghadapi cabaran yang belum pernah berlaku sebelum ini […]

today29 October 2021