Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

4449 Results / Page 460 of 495

Ekonomi

Eskayvie lancar Diffenz Junior – Kosmo Digital

PETALING JAYA – Bertepatan dengan situasi pandemik semasa Covid-19, syarikat bumiputera penuh, Eskayvie Sdn. Bhd., yang menjadi peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan tempatan mengorak langkah melancarkan produk vitamin terbaharunya, Diffenz Junior khas untuk kanak-kanak. Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri berkata, Diffenz Junior menjadi inovasi terbaharu syarikat mereka bagi membantu ibu bapa untuk memberi perlindungan terbaik bagi kanak-kanak di musim pandemik ini. “Dalam keadaan sekarang, […]

today28 October 2021

Ekonomi

Saga, X70 dipasang di Pakistan

PETALING JAYA – Kenderaan Proton Saga telah berjaya dihasilkan di kilang pengeluaran terbaharu Al’Haj Automotive di Karachi, Pakistan. Kilang yang bernilai AS$20 juta (RM83 juta) itu memiliki kapasiti awal tahunan sebanyak 25,000 unit. Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Hilal Khan Alfridi berkata, kejayaan pemasangan Proton Saga di Pakistan merupakan ke­muncak daripada hasil kerja keras dan penat lelah syarikatnya beserta Proton dan juga pembekal. “Berdepan dengan segala ke­sukaran dalam penguatkuasaan menangani Covid-19, kami […]

today28 October 2021

Ekonomi

KFC perkenal menu unik Burger P. Ramlee

PETALING JAYA – KFC menawarkan kelainan dalam menu terbaharunya dengan melancarkan Burger P. Ramlee secara eksklusif bagi memberi penghormatan khas buat lagenda negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Menurut kenyataan, menu baharu ini menyuntik pelbagai rasa aromatik daripada ­bahan-bahan unik masakan nasi kandar untuk dihasilkan dalam Zinger Hot & Spicy. Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling berkata, Burger P. Ramlee dilengkapi dengan Kuah Kari Kandar KFC yang diperbuat […]

today28 October 2021

Ekonomi

Taman tema Bukit Merah dibuka semula 3 November ini

IPOH – Taman tema Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) di Tai­ping akan dibuka semula pada 3 November ini mengikut pematuhan (SOP) yang ditetapkan setelah ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. Menurut kenyataan, pelbagai pakej promosi dengan harga menarik ditawarkan untuk menarik lebih banyak pengunjung be­­r­ia­dah dan bersantai di sana. BMLR dalam satu kenyataan berkata, harga tiket masuk ke taman air hanya RM25 untuk dewasa­ dan RM20 untuk kanak-kanak […]

today28 October 2021

Ekonomi

Malaysia bersedia terima pelancong Singapura

SUBANG JAYA – Malaysia sudah  bersedia  menerima kehadiran pelancong dari Singapura, kata  Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri. Beliau berkata, sebagai permulaan langkah rentas sempadan antara kedua-dua negara ini, mungkin  hanya dibenarkan buat mereka yang menggunakan pengangkutan udara. Menurutnya, perbincangan telah dimulakan dengan negara jiran  untuk membenarkan pergerakan rentas sempadan bagi golongan yang sudah lengkap divaksin. “Ini hanya cadangan dan belum diluluskan, tetapi antara yang dibincangkan ialah […]

today27 October 2021

Ekonomi

Pasaran perlukan maklumat tepat mengenai alternatif produk bebas rokok

PETALING JAYA – Kekeliruan dan salah faham tentang informasi termasuk maklumat palsu mengenai wujudnya alternatif mengenai produk bebas rokok di pasaran telah menyebabkan ramai orang terus merokok. Firma penyelidikan bebas, Povaddo dalam satu kaji selidik untuk Philip Morris International Inc. (PMI) mendapati,  masih ramai perokok dewasa tidak memiliki akses tepat mengenai produk bebas rokok selain maklumat yang mengelirukan disebarkan oleh kumpulan-kumpulan yang mendapat penajaan pihak tertentu. Naib Presiden Kanan, Hal […]

today27 October 2021

Ekonomi

Hadiah emas untuk peserta individu Takaful Ikhlas

PETALING JAYA – Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful Ikhlas) melancarkan kempen Nak Emas? yang menawarkan hadiah emas untuk peserta individu yang menyertai produk takaful am terpilih sepanjang 1 September lalu sehingga 31 Disember 2021. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Eddy Azly Abidin berkata, kempen yang pertama kali diadakan ini memberi peluang kepada peserta untuk memena­ngi hadiah emas apabila mereka menyertai pelan perlindungan takaful am daripada Takaful Ikhlas iaitu […]

today27 October 2021

Ekonomi

Kediaman di Pahang paling murah

PETALING JAYA – Empat daerah di Pahang merekodkan harga penengah paling rendah untuk rumah di negara ini, berdasarkan statistik My Local Stats 2020. Lipis merekodkan harga penengah terendah bagi kediaman jenis pangsapuri/kondomi­nium iaitu pada RM90,000. Bagi rumah berkembar harga penengah di empat daerah iaitu Bentong, Pekan, Lipis dan Rompin ma­sing-masing menawarkan pada harga RM150,000. Harga penengah terendah bagi rumah teres pula direkodkan di Tanah Merah, Kelantan pada RM118,000. Menurut kenyataan […]

today27 October 2021

Ekonomi

Penyelesaian ringgit-baht lebih meluas Disember ini

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank of Thailand (BOT) mengumumkan peluasan rangka kerja ­penyelesaian ringgit-baht berkuat kuasa 1 Disember ini. Ia sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperluaskan penggunaan mata wang tempatan bagi penyelesaian perdagangan dan pelaburan langsung antara Malaysia dengan Thailand. Rangka kerja mutakhir itu termasuk meluaskan segmen pengguna yang layak dengan mengambil kira rakyat Malaysia dan Thailand yang menetap sama ada di Thailand atau Malaysia, selain […]

today26 October 2021