Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

4450 Results / Page 473 of 495

Ekonomi

Grab, KPDNHEP jayakan Promosi Minggu Peniaga Kecil

PETALING JAYA – Promosi ­Minggu Peniaga Kecil anjuran Grab Malaysia pada bulan September ini dijangka memanfaatkan kira-kira 39,000 peniaga ­kecil. Pengarah Urusan Grab Malaysia (Grab), Sean Goh ber­kata, usaha ini bertujuan untuk membantu peniaga kecil dalam bidang makanan dan minuman (F&B) tempatan membiasakan diri dalam norma baharu serta untuk memenuhi permintaan dalam perkhidmatan online yang terus meningkat pada masa sekarang. Menurut beliau, dari tarikh 24 hingga 30 September, pengguna Grab […]

today16 September 2021

Ekonomi

GM Klang serlah keunikan budaya Malaysia

BANDAR Diraja Klang, yang terletak di lokasi strategik di tebing Sungai Klang memiliki sejarah panjang sebagai pusat komersil penting dalam kalangan pedagang yang hadir mengikut jalan air dari Selat Melaka. Kini, kawasan tersebut terus memainkan peranan sebagai pusat ekonomi rakyat tempatan dengan menempatkan pusat beli belah borong terbesar di Malaysia, GM Klang yang mempunyai lebih 2,500 kedai di bawah satu bumbung. Selain menawarkan pelbagai rangkaian produk termasuk fesyen, penjagaan diri […]

today16 September 2021

Ekonomi

Kabinet lulus naik had statutori hutang

PETALING JAYA – Majlis Jemaah Menteri telah meluluskan cadangan untuk menaikkan had statutori hutang Kerajaan Persekutuan kepada 65 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) daripada 60 peratus ketika ini. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Kabinet turut meluluskan  cadangan bagi meningkatkan had siling Kumpulan Wang Covid-19 daripada RM65 bilion kepada RM110 bilion. “Pindaan RUU (Rang Undang-Undang) ini akan dibentangkan untuk kelulusan Dewan Rakyat pada Oktober […]

today15 September 2021

Ekonomi

Jualan e-Book travelog pengganti rezeki pengembara

PETALING JAYA – Impak pandemik Covid-19 memberi dugaan yang besar buat banyak syarikat yang terlibat dalam sektor pelancongan dan tidak terkecuali TMPL Backpackers yang telah ditubuhkan sejak 2015. Demi kelangsungan hidup, pengasas bersama syarikat yang telah menguruskan hampir 50 trip setahun ke lebih 80 buah negara, Fauzi Zakaria terpaksa membuat pelbagai pekerjaan seperti menjual buah-buahan di tepi jalan, mengambil upah mengecat rumah dan juga menjadi penghantar barangan. Pelaksanaan Perintah Kawalan […]

today15 September 2021

Ekonomi

Jualan Himaya tumbuh 20 hingga 30 peratus

PETALING JAYA – Anggun Kirana Sdn. Bhd. (Anggun Kirana) pengeluar pelitup muka berjenama Himaya, ­mengunjurkan jualan pada tahun ini tumbuh antara 20 hingga 30 peratus ekoran permintaan tinggi daripada pe­langgan yang memilih produknya untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan masing-masing. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kk Chua berkata, ciri-ciri pelitup muka yang menepati kriteria kesihatan dan ditampilkan dengan warna yang menarik menjadi antara pendorong kepada pencapaian unjuran pertumbuhan jualan tersebut. Menurut beliau, […]

today15 September 2021

Ekonomi

50 peratus hotel Langkawi habis ditempah

PETALING JAYA – Purata tempahan bilik yang diterima hotel-hotel bertaraf empat dan lima bintang di Langkawi kini telah mencapai kadar 50 peratus, menjelang pembukaan gelembung pelancongan di pulau peranginan tersebut pada 16 September ini. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, data daripada Persatuan Hotel Malaysia bagaimanapun menyatakan kadar tempahan bilik bagi hotel berstatus tiga bintang dan ke bawah adalah lebih rendah, sekitar 20 hingga […]

today15 September 2021

Ekonomi

Kompleks AHK di Bukit Cerakah telan belanja RM20 juta

PETALING JAYA – Badan korporat disaran tampil untuk membantu Yayasan Sabha bagi pembangunan projek Kompleks Anjung Husnul Khatimah (AHK) yang bakal dibangunkan Bukit Cerakah, Shah Alam. Projek pembinaan pusat pe­ngajian Islam yang menggabungkan pembelajaran teori dan praktis itu bakal menelan kos pembinaan sehingga lebih daripada RM20 juta. Pengasas Yayasan Sabha, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, kompleks yang dijangka siap menjelang tahun 2023 itu menyediakan modul pembelajaran yang memberi penekanan […]

today14 September 2021

Ekonomi

Skim Opimis galak mekanisasi sawit

PETALING JAYA – Skim Insentif Mekanisasi Sawit (Opimis) yang diperkenalkan kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah berjaya menggalakkan penggunaan mekanisasi dalam sektor perladangan kelapa sawit bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja. Ketua Pengarah MPOB, Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, skim yang diperkenalkan pada tahun 2016 dengan peruntukan sebanyak RM4.5 juta itu mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penggiat industri, terutama pengusaha ladang dan pekebun kecil. “Terdapat penerima Skim Opimis yang […]

today14 September 2021

Ekonomi

Air penyejuk badan Cap Kaki Tiga kini berperisa limau

PETALING JAYA – Jenama turun-temurun yang berpengalaman lebih 80 tahun dalam pembuatan air penyejuk badan, Cap Kaki Tiga memperkenalkan varian terbaharu di bawah rangkaian produk Cooltopia, iaitu Cooltopia Limau. Cooltopia merupakan kesinambungan daripada produk klasiknya, iaitu Air Penyejuk Badan Cap Kaki Tiga dan berfungsi menurunkan suhu badan dengan kandungan Gypsum Fibrosum secara semulajadi, ubat tradisional bagi melegakan kepanasan badan. Varian terbaharu keluaran Kumpulan Wen Ken itu adalah tambahan kepada variasi […]

today14 September 2021