Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

4450 Results / Page 474 of 495

Ekonomi

Lonjakan FDI signal keyakinan – Kosmo Digital

PETALING JAYA – Pelaburan langsung asing (FDI) negara melonjak sebanyak 223.1 peratus pada separuh tahun pertama 2021 berbanding tempoh sama tahun lalu, mencerminkan keyakinan pelabur asing kepada ekosistem perniagaan dan iklim ekonomi negara yang stabil serta kondusif. Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, FDI memacu prestasi kukuh sektor pembuatan de­ngan merekodkan pelaburan diluluskan berjumlah RM58.2 bilion, manakala sumber domestik menyumbang RM8.7 bilion. Pelaburan domestik […]

today14 September 2021

Ekonomi

Sunway-Hoi Hup ambil alih Flyn Park RM1.15 bilion

PETALING JAYA – Sunway Berhad menerusi usaha sama dengan pemaju dari Singapura, Hoi Hup Realty berjaya mengambil alih Flynn Park, iaitu pembangunan kondominium di Pasir Panjang, Singapura dengan bidaan bernilai dolar Singapura 371 juta (RM1.15 bilion). Flynn Park merupakan blok kondominium dengan 72 unit kediaman yang dibina pada tahun 1986 dan dibuka untuk pembidaan pada hujung Julai lalu. Ia terletak atas plot tanah berstatus pegangan bebas seluas 1.94 hektar di […]

today13 September 2021

Ekonomi

PTPTN Prihatin bantu asnaf berniaga

PETALING JAYA – Pandemik Covid-19 telah mengubah corak kehidupan masyarakat dan aktiviti pembelian atas talian melalui e-dagang kini menjadi pilihan untuk mendapatkan bekalan barangan dan perkhidmatan. Memanfaatkan perkembangan tersebut, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjalin kerjasama dengan FGV Agro Fresh Technology Sdn. Bhd. melalui program PTPTN Prihatin untuk membantu peminjam dari golongan asnaf melibatkan diri dalam perniagaan maya. PTPTN dalam siaran akhbar yang dikeluarkan di sini berkata, menerusi platform […]

today13 September 2021

Ekonomi

De Ningrats komersialkan formulasi turun temurun

PETALING JAYA – Bertuah bagi seseorang usahawan yang ber­asal dari keluarga di mana nenek moyangnya memiliki kemahiran dan pengalaman dalam bidang perbidanan. Pastinya nenek moyang mereka begitu arif dengan pelbagai rawatan dan penjagaan kesihatan dalaman atau luaran hanya menggunakan tumbuhan semula jadi dan herba yang memiliki banyak khasiat. Resipi pembuatan jamu atau minyak urut selalunya akan diturunkan dari satu generasi ke generasi lain bagi membolehkan khasiat produk tersebut dimanfaatkan oleh […]

today13 September 2021

Ekonomi

Pusat R&D industri emas pertama negara di Gebeng

KUANTAN – Pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) industri emas pertama negara yang sedang giat dibangunkan di Gebeng dekat sini dijangka beroperasi selewat-lewatnya hujung tahun ini. Presiden SIRIM Berhad, Datuk Ahmad Sabirin Arshad berkata, pusat R&D dan akademi kecemerlangan menerusi kerjasama strategik SIRIM dan Koperasi Muafakat Makmur Berhad (Ko-Makmur) itu melibatkan peruntukan kira-kira RM3 juta. “Pusat terbabit akan menumpukan kepada R&D berkaitan kesenian, reka bentuk dan kaedah pemasaran produk berasaskan emas. […]

today12 September 2021

Ekonomi

Bandar perlu berubah seiring keperluan masyarakat

PETALING JAYA – Bandar-bandar di negara ini diseru supaya bertindak lebih tangkas untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan keperluan masyarakat yang telah berubah akibat dilanda pandemik. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, konsep perbandaran lestari perlu dimanfaatkan sebagai daya transformasi untuk usaha membina semula pasca Covid-19. “Ia dapat mempercepatkan kemajuan ke arah masa depan lebih sihat, selamat, inklusif dan berdaya tahan seperti yang dinyatakan […]

today12 September 2021

Ekonomi

Kadar pengangguran bulan Julai kekal 4.8 peratus

PETALING JAYA – Kadar ­pengangguran bagi bulan Julai 2021 kekal pada tahap 4.8 peratus, ketika negara menyaksikan bilangan penganggur sedikit bertambah kepada 778,200 orang berbanding 768,700 orang pada Jun lalu. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, berdasarkan Statistik Tenaga Buruh oleh Jabatan Pe­rangkaan Julai 2021 menyaksikan bilangan guna tenaga terus menurun, namun pada kadar yang perlahan. “Pada awal Julai, seluruh negara beralih ke Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara […]

today10 September 2021

Ekonomi

Pemilik hartanah perlu pastikan penyewa tidak terbabit kegiatan jenayah

PETALING JAYA – Pemilik hartanah perlu menyemak rekod latar belakang penyewanya bagi mengelakkan sebarang kegiatan jenayah termasuk aktiviti haram yang dilakukan sehingga boleh menjejaskan keselamatan masyarakat. Pensyarah Kanan di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan HELP  Universiti,  Paneir Selvam berkata,  pemilik juga harus memeriksa kelayakan ejen hartanah yang mengendalikan transaksi berkenaan dan kedua-dua pihak perlulah  memeterai perjanjian penyewaan secara teratur sebelum menyewakan premis masing-masing. “Pemilik bangunan juga hendaklah melakukan pemeriksaan wajar […]

today10 September 2021

Ekonomi

Manfaat peluang industri halal – Kosmo Digital

PETALING JAYA – Manfaat berpotensi daripada industri halal yang kekal berdaya tahan dan menyumbang kepada pemulihan ekonomi global perlu diteroka dan digunakan oleh semua pihak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurut beliau, ketika pandemik Covid-19 memberi impak hebat kepada kemerosotan ekonomi global, muncul persoalan mengenai keperluan kecukupan kendiri dalam pengeluaran produk halal kritikal termasuk produk berteraskan farmaseutikal, alat perubatan dan makanan. “Industri halal berteraskan makanan dan minuman […]

today10 September 2021