OPR kekal 1.75 peratus – Kosmo Digital
PETALING JAYA – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus.MPC menyifatkan pendirian dasar monetari adalah wajar dan akomodatif. Menurutnya, langkah-langkah fiskal dan kewangan akan terus mengurangkan kesan ekonomi terhadap perniagaan dan isi rumah serta memberikan sokongan kepada kegiatan ekonomi. “Berikutan keadaan pandemik yang tidak menentu, pendirian dasar monetari akan terus ditentukan oleh data, maklumat baharu dan kesannya kepada prospek keseluruhan inflasi dan […]