Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

4453 Results / Page 484 of 495

Ekonomi

MPOB meterai MoU dengan Agensi Nuklear

PETALING JAYA – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Agensi Nuklear Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi semalam memeterai penjanjian persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam pelaksanaan dua projek penyelidikan berasaskan sawit menggunakan teknologi sinaran selain bagi projek lain yang berpotensi pada masa depan. MoU berkenaan merupakan langkah permulaan dan akan bertindak sebagai payung bagi kerjasama pelaksanaan projek penyelidikan di antara MPOB dan Agensi Nuklear Malaysia. Projek pertama melibatkan […]

today17 August 2021

Ekonomi

Rakuten unjur KLCI cecah 1,650 mata

PETALING JAYA – Firma pembrokeran ekuiti digital, Rakuten Trade menyasarkan indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia, FBM KLCI mampu mencecah paras 1,650 mata menjelang hujung tahun ini, disokong pertumbuhan perolehan kukuh, penilaian semasa yang rendah dan kemasukan semula dana asing. Ketua Penyelidiknya, Kenny Yee berkata, dana asing di­jangka kembali ke pasaran rantau A­SEAN yang buat masa ini menawarkan diskaun menarik, manakala ekuiti Malaysia yang dilihat paling murah berbanding pasaran serantau […]

today17 August 2021

Ekonomi

Samenta seru semua sektor ekonomi dibuka semula

PETALING JAYA – Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) menyeru agar semua sektor ekonomi termasuk bidang pembuatan, pembinaan dan perdagangan dibuka semula dengan kapasiti 80 peratus dengan semua pekerja bagi sesebuah perniagaan itu menerima vaksin sepenuhnya. Pengerusi Dasar dan Hubungan Kerajaan Samenta, Datuk William Ng berkata, pelawat yang berkunjung ke premis perniagaan tersebut juga perlu menerima vaksin sepenuhnya. Menurutnya, tindakan ini akan memperkukuhkan kepercayaan masyarakat terhadap vaksin dan juga […]

today16 August 2021

Ekonomi

Mr.Pepper bina rangkaian usahawan baharu

PETALING JAYA – Bukan mudah untuk membangunkan sebuah empayar perniagaan jika tiada ilmu yang lengkap di dada dan ia tidak boleh dilakukan secara sembrono mengikut gerak hati dan idea pemikiran sendiri. Jika silap langkah, boleh tergadai segala harta benda, tanggung kerugian dan pastinya akan membebankan diri sendiri termasuk ahli keluarga. Begitulah yang dialami Peng­asas Mr.Pepper Foods Sdn. Bhd., Mohamad Fahmy Jamil dalam melayari perjalanan dan kelangsungan hidupnya sebelum mengoperasikan syarikat […]

today16 August 2021

Ekonomi

SOP Labuan berisiko beri impak negatif jangka panjang

PETALING JAYA – Pelaksa­naan prosedur operasi standard (SOP) Labuan dikhuatiri mampu mendatangkan impak negatif jangka panjang kepada ekonomi Wilayah Persekutuan tersebut sekiranya langkah pembetulan tidak dilaksanakan pada kadar segera, menurut Gabungan Sektor Ekonomi Labuan (LESC). LESC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan perlu dipertanggungjawabkan sekiranya mereka berkeras untuk meneruskan SOP berkenaan, yang tidak mengimbangi ke­perluan ekonomi dan kehidupan penduduk Labuan. “Kami ingin […]

today16 August 2021

Ekonomi

MoU TNB, Elia Group dilanjutkan

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) melanjutkan memorandum persefahaman (MoU) dengan Elia Group SA/NV (Elia), salah satu daripada o­perator sistem penghantaran terbesar di Eropah bagi berkongsi amalan terbaik dan pengetahuan untuk mempercepatkan usaha TNB ke arah peralihan tenaga serta tenaga boleh baharu (RE). MoU pertama antara kedua-dua belah pihak ditandatangani pada September 2017 dan tamat pada September 2020.Elia adalah operator sistem penghantaran yang beroperasi di Belgium dan Jerman yang […]

today16 August 2021

Ekonomi

Presiden dan CEO MBSB meninggal dunia

PETALING JAYA – Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Building Society Bhd. (MBSB), Datuk Seri Ahmad Zaini Othman menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi semalam akibat komplikasi Covid-19. Beliau meninggal dunia pada usia 64 tahun, pukul 1.46 pagi di Hospital Pakar KPJ Selangor dan meninggalkan isteri, dua anak perempuan serta dua orang cucu. Sebagai langkah interim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Nor Azam M. Taib akan menjadi pemangku Presiden dan […]

today15 August 2021

Ekonomi

BNM unjur pertumbuhan ekonomi 3-4%

PETALING JAYA –  Bank Negara Malaysia (BNM) menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara tahun ini kepada tiga hingga empat peratus, berbanding anggaran awal antara enam hingga 7.5 peratus. Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, semakan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan ekonomi global terkini, selain pelaksanaan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) serta andaian mengenai peralihan berperingkat ke fasa seterusnya berdasarkan kadar vaksinasi dan kapasiti sistem penjagaan kesihatan. […]

today13 August 2021

Ekonomi

Honor lancar siri Magic3 – Kosmo Digital

PETALING JAYA – Jenama teknologi global, Honor semalam melancarkan siri Honor Magic3, peranti telefon pintar mercu yang didatangkan bersama teknologi premium dan reka bentuk canggih, menggunakan sistem Android 11 serta menyokong perkhidmatan Google Play. Terdapat tiga varian ditawarkan terdiri daripada Magic3, Magic3 Pro dan Magic3 Pro+ yang mana ketiga-tiganya menggunakan cip pemprosesan terbaharu daripada Snapdragon, iaitu Snapdragon 888+. Model tersebut akan dipasarkan di China terlebih dahulu sebelum memasuki pasaran-pasaran lain […]

today13 August 2021