Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

4453 Results / Page 485 of 495

Ekonomi

86 peratus warga Proton telah divaksin sepenuhnya

PETALING JAYA – Lebih daripada 86 peratus daripada 8,486 warga kerja Proton telah divaksin sepenuhnya, manakala 98 peratus sudah menerima dos pertama mereka susulan pusingan kedua pelaksanaan Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) minggu lalu. Turut menyertai program tersebut ialah warga kerja pembekal dan wakil jualan Proton. Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong berkata, ekosistem perniagaan Proton melibatkan lebih daripada 60,000 orang dan pihaknya amat berterima kasih kepada pihak […]

today13 August 2021

Ekonomi

HLB selesai pensekuritian RM300 juta kepada Cagamas

PETALING JAYA – Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB) telah menyelesaikan proses pensekuritian lestari berjumlah RM300 juta kepada Perbadanan Gadai Janji Nasional, Cagamas Bhd. Urus niaga tersebut melibatkan pensekuritian selama tiga tahun bernilai RM200 juta daripada Hong Leong Bank dan RM100 juta daripada Hong Leong Islamic Bank untuk pinjaman dan pembiayaan rumah mampu milik. Aset pembiayaan rumah mampu milik daripada HLB itu adalah antara aset lestari yang […]

today13 August 2021

Ekonomi

Usaha sama MARii, Pekema bangunkan infrastruktur EV

PETALING JAYA – Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah memeterai memorandum persefahaman dengan Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Me­layu Malaysia (Pekema) untuk membangunkan infrastruktur kenderaan elektrik (EV) dan pemerkasaan rantaian nilai EV di Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif, MARii, Datuk Madani Sahari berkata, melalui usaha sama tersebut, sebanyak 1,000 ste­sen pengecas akan dibina di seluruh negara menjelang 2025. Menurutnya, kedua-dua pihak juga akan membangunkan aplikasi kesalinghubungan yang merangkumi e-pembayaran, […]

today13 August 2021

Ekonomi

Northport sumbang makanan, peralatan perubatan

PETALING JAYA – Northport (Malaysia) Bhd. (Northport), ahli kumpulan MMC, telah ­menyumbang sebanyak 2,000 bekalan makanan asas kepada masyarakat yang memerlukan bantuan di Klang bulan lalu. Sumbangan tersebut telah dijayakan bersama lebih 20 masjid dan badan bukan kerajaan (NGO) di sekitar Klang untuk mengenal pasti penerima yang berkelayakan. Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd Yusof berkata, sebagai organisasi korporat yang bertanggungjawab, Kumpulan komited untuk terus membantu komuniti dan […]

today13 August 2021

Ekonomi

Perkukuh mantapkan tadbir urus, tingkat peluang pelaburan

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pelan Perkukuh Pelaburan Rakyat (PERKUKUH) yang bertujuan memantapkan Dana Kekayaan Berdaulat negara dan Pelabur Institusi agar menjadi entiti bertaraf antarabangsa dengan tadbir urus yang teguh dalam memenuhi aspirasi jangka panjang nasional. KWSP dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, sebagai Pelabur Institusi yang membawa objektif mengoptimumkan pulangan ahli secara lestari, pihaknya menyokong penuh inisiatif […]

today12 August 2021

Ekonomi

Pos Malaysia tamatkan skim Pos Rider

PETALING JAYA- Pos Malaysia akan menghentikan skim Pos Rider secara berperingkat-peringkat berkuatkuasa  1 September ini. Keputusan itu dibuat bersandarkan pelaksanaan  rasionalisasi program khidmat luaran Pos Rider fasa dua yang melibatkan seramai 262 ejen Pos Rider di Lembah Klang. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, program Pos Rider telah diperkenalkan pada tahun 2019 dan berjaya membantu syarikat menyampaikan lebih banyak bungkusan di seluruh Malaysia.  “Bagaimanapun, pasaran pos dan kurier domestik telah melalui perubahan […]

today12 August 2021

Ekonomi

IWK tandatangani lanjutan konsesi sehingga 2034

PETALING JAYA – Syarikat Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) menandatangani perjanjian tambahan kepada perjanjian konsesi dengan kerajaan Malaysia sebentar tadi, yang menyaksikan tempoh konsesi IWK sebagai syarikat perkhidmatan pembetungan negara dilanjutkan sehingga 31 Disember 2034. Mengikut perjanjian sebelum ini, tempoh konsesi IWK akan tamat pada 31 Mac 2022. Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Zaini Ujang dan Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendan […]

today12 August 2021

Ekonomi

Kadar Asas Standard dikuat kuasa bermula 1 Ogos

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kemas kini Rangka Kerja Kadar Rujukan bagi institusi kewangan di negara ini yang menjanjikan pembiayaan dan pinjaman bank yang bersifat lebih telus dan mudah difahami pengguna. Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, berkuat kuasa pada 1 Ogos 2022, Kadar Asas Standard (Standar­dised Base Rate) akan menggantikan Kadar Asas (Base Rate, BR) sebagai kadar rujukan bagi pinjaman runcit berkadar terapung yang […]

today12 August 2021

Ekonomi

Ta Win peroleh kontrak pembekalan daripada ApTiv PLC

PETALING JAYA – Pengeluar produk tembaga terkemuka, Ta Win Holdings Bhd. (Ta Win) menerusi anak syarikatnya, Cyprium Wire Technology Sdn. Bhd. (CWT) mengumumkan penerimaan kontrak daripada syarikat mobiliti dan teknologi global, ApTiv PLC yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Pengarah Urusan Kumpulan Ta Win, Datuk Seri Ngu Tieng Ung berkata, kontrak tersebut adalah untuk pembekalan kabeldan komponen automotif bagi model kenderaan tempatan di Malaysia. Menerusi kontrak berkenaan, CWT akan membekalkan 13 jenis […]

today12 August 2021