Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

4453 Results / Page 486 of 495

Ekonomi

Perdagangan borong, runcit terus merudum

PETALING JAYA – Prestasi perdagangan borong dan runcit negara terus mencatatkan kemerosotan pada Jun 2021 de­ngan kejatuhan 10.3 peratus tahun ke tahun kepada RM92.2 bilion, menurut Jabatan Perangkaan. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, ia merupakan pertumbuhan terendah yang dicatatkan tahun ini berikutan pelaksanaan total lockdown setelah kes Covid-19 semakin teruk. “Subsektor kenderaan bermotor paling terkesan, merudum 92.4 peratus atau RM11.2 bilion untuk mencatatkan nilai jualan hanya RM0.9 […]

today12 August 2021

Ekonomi

SOP baharu jejaskan sektor perkapalan di Labuan

PETALING JAYA – Pelaksa­naan prosedur operasi stan­dard (SOP) baharu yang dilihat tidak adil kepada Pulau Labuan bakal memberi kesan ketara kepada sektor ekonomi khususnya berkaitan syarikat perkapalan. Kebimbangan terhadap pros­pek ekonomi Labuan itu telah disuarakan oleh Gabu­ngan Sektor Ekonomi Labuan yang baharu ditubuhkan dan ia disertai oleh pelbagai persa­tuan dan perusahaan. Antaranya adalah Labuan Freight Forwarder Association, Sabah Shipping Agent Association, Malaysia Offshore Support Vessels Owners Association (MOSVA), Malaysia Shipow­ners’ […]

today12 August 2021

Ekonomi

Eksport getah melonjak 150 peratus

PETALING JAYA – Industri getah negara meneruskan prestasi cemerlang tahun ini apabila merekodkan eksport berjumlah RM44.43 bilion untuk enam bulan pertama 2021, pertumbuhan 150 peratus berbanding RM17.77 bilion sepanjang tempoh sama tahun lalu. Ketua Pegawai Eksekutif ­Majlis Getah Malaysia (MRC), Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, produk hiliran yang mewakili 89.7 peratus daripada keseluruhan eksport industri merekodkan pertumbuhan 180.2 peratus. Menurutnya, ia dipacu oleh prestasi kukuh barangan lateks dan produk sarung […]

today12 August 2021

Ekonomi

EON perkenal laman web serba baharu

PETALING JAYA – Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) berhasrat menjadi pengedar automobil pilihan di negara ini dengan menyediakan pelbagai maklumat dan promosi terkini serta meluaskan rangkaian pelanggannya selama 365 hari setahun. Usaha ini dapat direalisasikan melalui pengenalan laman web terbaharu EON yang merupakan pengedar Proton terbesar di Malaysia. Ketua Pengedaran Automotif DRB-HICOM dan Ketua Pegawai Eksekutif EON, Akkbar Danial berkata, laman baharu yang direka khusus itu akan dapat memenuhi keperluan […]

today11 August 2021

Ekonomi

Kaji semula strategi kewangan berhemah

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan supaya menilai semula strategi dan pe­ngurusan kewangan mereka dalam suasana ekonomi yang mencabar kini. Ketua Perbankan Peribadi dan Kekayaan HSBC Malaysia, Renee Bullock-Cann berkata, terdapat beberapa langkah seperti pengurangan hutang, pelaburan dan aliran tunai yang perlu difikirkan semula untuk mencapai kedudukan kewangan lebih baik. Jelas beliau, antara strategi nya adalah menyatukan hutang-hutang yang ada dengan membuat pemindahan baki kesemua pinjaman kepada pembiayaan alternatif yang […]

today11 August 2021

Ekonomi

Aplikasi Truecaller halang panggilan spam

PETALING JAYA – Truecaller, penyedia aplikasi pengenalan pemanggil dan penghalang spam di Malaysia, akan terus me­ningkat usaha bagi membantu masyarakat melindungi diri daripada terbabit dalam sindiket penipuan melalui telefon. Ketua Komunikasi Korporat Antarabangsa Truecaller, Hitesh Raj Bhagat berkata, masalah tersebut semakin serius kerana kes penipuan me­lalui telefon amat kerap sehingga merekodkan kerugian berjumlah RM38 juta antara bulan Januari hingga Mac tahun ini. Menurut beliau, Truecaller mencatatkan sembilan juta kes panggilan […]

today11 August 2021

Ekonomi

Pasaran pen gel di Malaysia cecah RM43 juta

PETALING JAYA – Pasaran alat tulis sedunia dijangka berkembang sebanyak 1.5 kali ganda menjelang tahun 2030. Berdasarkan laporan Persistence Market Research 2020, kumpulan pelajar merupakan penyumbang terbesar dalam pasaran alat tulis dan pen juga salah satu segmen penting de­ngan mewakili 60 peratus dalam pasaran alat tulis global. Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia, Andrew Woon berkata, berdasarkan permin­taan yang terus bertambah seiring dengan pertumbuhan pasaran alat tulis yang menggalakkan setiap tahun, syarikat […]

today11 August 2021

Ekonomi

Generasi Z mahu miliki perniagaan sendiri

PETALING JAYA – Kira-kira 79 peratus daripada generasi Z dan milenium di Malaysia memiliki aspirasi untuk memiliki perniagaan mereka sendiri, demikian menurut tinjauan usahawan muda Asia Pasifik 2021 yang dijalankan oleh Herbalife Nutrition. Generasi Z dan milenium terdiri daripada golongan yang berusia antara 18 hingga 40 tahun. Pengarah Kanan dan Pengurus Besar Herbalife Nutrition Malaysia dan Singapura, Steven Chin berkata, antara sebab utama kumpulan ini mahu menjadi usahawan adalah untuk […]

today11 August 2021

Ekonomi

Hyundai Promise permudahkan jualan kereta terpakai

PETALING JAYA – Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) me­lancarkan program kenderaan terpakainya, Hyundai Promise Approved Used Car Programme (Hyundai Promise) yang memberikan perkhidmatan lancar dan boleh diyakini dalam menukar dan membeli kenderaan terpakai Hyundai. Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung berkata, kenderaan yang dijual menerusi Hyundai Promise hadir dengan alat ganti tulen, enjin original dan telah melalui pemeriksaan ketat bagi memastikan ia berada pada keadaan yang optimum. Menurut beliau, semua model […]

today10 August 2021