Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Pengeluaran RM10,000 KWSP Perlu Dibenarkan, Untuk B40 & M40

today2 November 2020

Background

Gelombang ketiga pandemik sememangnya bukan mainan. Ramai terkesan dek kerana kehilangan pekerjaan dan mata pencarian seharian.

Cadangan pengeluaran wang akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh beberapa bulan menerusi bayaran secara ‘one off’.

Pemangku Presiden Dewan Perdagangan & Industri ASEAN (DPIA), Datuk Sohaimi Shahadan, berkata kerajaan perlu membenarkan rakyat mengeluarkan simpanan dan caruman KWSP mereka namun berdasarkan kriteria tertentu.

“Cadangan pengeluaran wang caruman KWSP sebanyak RM10,000 amat munasabah dan berguna bagi peniaga dan orang awam yang berdepan krisis kewangan akibat COVID-19. Kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan ini dengan hanya membenarkannya kepada mereka yang betul-betul terjejas seperti hilang pekerjaan, pendapatan dipotong dan pendapatan di bawah RM4,000,” katanya.

Sohaimi berkata keresahan segelintir rakyat wajar dipertimbangkan ketika mereka kini dalam keadaan genting kesan daripada COVID-19. Dalam pada itu, beliau turut menyokong pandangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang senada dalam perkara berkenaan.

“Kita tahu ada ramai golongan pekerja yang terjejas sehingga hari ini akibat kesan COVID-19. Dalam keadaan kecemasan seperti ini ia wajar untuk dibantu dengan wang mereka sendiri,” jelasnya.

Dalam keadaan yang mendesak, tidak mustahil akan ada individu bertindak terpaksa meminjam dengan institusi kewangan, bahkan mungkin kepada ‘along’ kerana terhimpit untuk meneruskan kehidupan harian.

Baca juga:

Lelaki Ini Berbelanja Tanpa Guna Duit Selama 36 Tahun!

Ketahui Taktik Cuci Duit Haram Yang Sering Digunakan. Awas Kepada Si Pelaku!

 

 

 

 

Sumber: Bharian

Written by: Ainaa


Previous post

Buletin

Penduduk PPMS Bukit Merah bakal dapat geran

Bagan Serai: Sebanyak 90 keluarga di Penempatan Penduduk Masyarakat Setempat (PPMS) Bukit Merah dekat sini, akan menerima geran hak milik kekal daripada kerajaan negeri dalam masa terdekat. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berkata, keluarga terbabit mendiami PPMS itu sejak lebih 10 tahun lalu. "Sebagai tanda prihatin, kerajaan negeri akan mengeluarkan borang 5A dalam tempoh terdekat dan ini merupakan usaha untuk... Klik untuk […]

today2 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *