Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Budak Campak Kucing Demi TikTok Diburu Persatuan Haiwan Malaysia

today5 December 2020

Background

Ha, inilah orang kata bila buat sesuatu perkara tanpa fikir panjang. Mungkin niat awalnya hanya untuk bersuka-suka namun sedarilah semua perkara ada batasannya. Tidak salah untuk berkreatif dalam TikTok, namun bukan dengan bertindak kasar terhadap haiwan.

Tindakkan seorang remaja memuatnaik video TikTok mengusap kucing sebelum melemparnya mendapat kecaman ramai.

Disebabkan tindakkan tidak bertanggungjawab tersebut, Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) memohon kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat berhubung tindakan remaja melempar kucing seperti yang tular di laman sosial semalam. Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, kejadian itu tular di laman sosial dipercayai selepas video itu dimuat naik di aplikasi TikTok.

Menurutnya, berdasarkan aduan diterima, kejadian itu dipercayai berlaku di Sarawak tetapi belum dapat dipastikan lokasi sebenarnya.

“Justeru, orang ramai, rakan, kenalan atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada persatuan dengan menghantar kiriman Whatsapp ke nombor 011-20901097 dengan segera,” katanya ketika dihubungi Harian Metro

Insiden seumpama itu tidak seharusnya berlaku dan sukar diterima kerana jelas sekali menzalimi haiwan yang patut dilindungi.

Tindakkan ini sungguh tidak berakal dan budaya memperalatkan haiwan demi mengumpul pengikut dan meraih tontonan video yang tinggi perlu dihentikan malah pelaku perlu ditangkap sebagai pengajaran supaya tidak menjadi ikutan pengguna TikTok yang lain. Yang lain jangan buat okay?

 

Baca juga:

Aliff Syukri Beli 7 Buah Rumah Sekaligus. Satu Untuk Hadiah Kepada Isteri

Mohon Online i-Sinar Bermula 21 Disember. Hanya Golongan Ini Layak Keluarkan RM 10,000!

 

 

 

 

 

Sumber: Youtube , Hmetro

Written by: Ainaa


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] Viral Pemandu Mengelak Dari Ditahan, Tapi Cara Akak Ini Mencarut Pula Curi Tumpuan

Namun, keadaan bertambah cemas apabila pemandu berkenaan tiba-tiba memecut dan merempuh pagar untuk melarikan diri daripada dikejar oleh kenderaan polis selepas itu.Rasa cemas itu turut mendapat perhatian orang ramai yang menonton, tetapi apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah gelagat perakam video yang mencarut apabila melihat kejadian tersebut.Perakam video yang dikenal pasti sebagai wanita itu memberikan kata-kata carutan dalam bahasa Inggeris dan membuatkan ramai geli... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today5 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *