Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Cuai Tidak Kunci Lokap Sehingga Remaja Perempuan Dakwa Dirogol

today18 January 2021

Background

Ekoran dakwaan seorang remaja perempuan mengenai insiden dirogol semasa ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri, 9 Januari lalu, pihak polis masih menjalankan siasatan mengenai dakwaan itu. Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, kejadian itu memang berlaku dan tahanan lelaki terbabit sudah didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Mengikut kronologi yang dilaporkan, remaja tersebut yang berusia 16 tahun dikatakan ditahan oleh pihak polis pada 8 Januari lalu di tempat kerjanya di sebuah restoran makanan laut, di Miri kerana disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian haram. Dia kemudiannya ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri selama satu malam bagi membantu siasatan.

Namun remaja tersebut mengatakan dia diletakkan di dalam sel berasingan seorang diri dengan 12 lagi tahanan lelaki di sel lain. Dakwanya lagi, sel yang menempatkan 12 tahanan lelaki itu tidak berkunci. Sejurus itu, antara jam 4 hingga 5 pagi, seorang tahanan lelaki yang memiliki kunci lokap tahanan wanita membuka pintu sel itu dan membawanya ke tandas balai polis itu sebelum merogolnya. Kronologi tersebut adalah berdasarkan laporan yang dibuat oleh remaja wanita tersebut pada 16 Januari lalu.

“Pihak kami akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terbabit dan cuai dalam menjalankan tugas.”

Dalam pada itu, pihak polis menyatakan siasatan awal mendapati berlaku kecuaian anggota yang tidak mengunci pintu lokap berkenaan. Berikutan itu, dua anggota polis yang bertugas ketika kejadian itu digantung kerja serta-merta sementara siasatan sedang dijalankan.

 

Baca juga artikel menarik lain:

“Sepatutnya Hari Ini Saya Nikah..”- Abang Polis Tangguh Nikah Demi Tanggungjawab

Pemuda Ini Kongsi Kenapa Malaysia Lambat Terima Vaksin COVID-19

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro & Berita Harian

Written by: Hamka Rosli


Previous post

ZamSaham

Sukan

Jangan Buli Kelantan FC, Hak Tetap Hak

Pemilik TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman atau yang lebih dikenali sebagai Zamsaham kembali memberi amaran terhadap pengelola liga, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengenai hak pasukan itu yang masih belum dibayar.Berdasarkan tinjauan di laman media sosial Facebook beliau, Norizam mempersoalkan tindakan MFL yang meminta yuran pendaftaran yang berjumlah RM25 Ribu. Namun, MFL sehingga kini belum menyerahkan bayaran tuntutan pengadil. Terkejut beruk aku duit Referee pun Pasukan kena bayar,lepas... Klik untuk […]

today18 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *