Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

GST Akan Kembali Dan Cukai Baharu Mungkin Akan Diperkenalkan

today25 November 2020

Background

Sebelum ini Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah dihentikan pada pertengahan tahun 2018. Kini, GST bakal kembali! Namun, kerajaan akan hanya memperkenalkan sebarang cukai baharu apabila keadaan ekonomi telah pulih, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata selain memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kerajaan turut meneliti pencukaian-pencukaian baharu yang bersesuaian.

Menurutnya, kajian mengenai cukai-cukai terbabit dilaksanakan oleh jawatankuasa khusus yang telah ditubuhkan pada akhir 2019.

GST (Malaysia) - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

“(Namun) buat masa ini negara dalam proses pemulihan ekonomi…saya rasa tidak sesuai untuk kita memperkenalkan cukai-cukai baharu.

“Mungkin Insya-Allah, apabila ekonomi telah pulih semula, kita dapat meneliti kajian yang dibuat sekarang dan lihat apakah cukai yang sesuai untuk diumumkan (dilaksanakan),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi wawancara Institut Strategik dan Integriti Terengganu (TSIS) bertajuk ‘Belanjawan 2021: Belanjawan Survival COVID-19’ yang disiarkan menerusi Facebook TV Darul Iman dan Kelantan TV.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata selain meningkatkan hasil, kerajaan juga komited untuk mengurangkan paras hutang negara daripada 60 peratus dan mengembangkan sektor berimpak tinggi.

Menurutnya, kerajaan juga menyasarkan untuk mengurangkan ketirisan di dalam ekonomi bayangan yang kini sekitar 21 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

 

Baca juga:

Kerajaan perlu teliti semula struktur cukai yang tinggi

Kaedah percukaian hotel, Airbnb umum hujung tahun – Zuraida

 

 

Sumber: Bernama

Written by: Adinna


Previous post

Buletin

Polis siasat semula kematian Teoh Beng Hock

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka semula kertas siasatan berhubung kes Teoh Beng Hock yang ditemukan mati pada 16 Julai 2009 mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan (Kurungan Salah). Kementerian Dalam Negeri menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen, memaklumkan kertas siasatan sebelum ini sudah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada 24 Februari lalu dan PDRM diminta untuk meneruskan siasatan. "PDRM diminta mengemukakan kembali kertas siasatan ke Pejabat Peguam... Klik […]

today25 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *