Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Guna Pelitup Muka Seakan Wajah Sendiri Sebab Tidak Mahu Hilang Identiti

today16 November 2020

Background

Pemakaian pelitup muka penting untuk melindung diri daripada wabak membunuh, COVID-19. Makin ramai sedar dan bertindak bijak memakainya ketika berada di kawasan awam. Namun, dengan menutup separuh daripada muka akan membuatkan orang sekeliling sukar untuk mengecam siapakah anda.

Dalam erti kata lain, identiti anda tersorok di sebalik pemakaian topeng pelitup muka. Ada yang selesa begitu, ada juga tidak menyukainya dan bertindak di luar kotak.

Pereka kostum dan pelukis, Jorge Silva Roriz dari Rio De Jeneiro yang cukup terkenal dengan mereka pelbagai kostum berwarna-warni tampil dengan penghasilan pelitup muka yang sungguh unik dan menarik!

Pelitup mukanya dilukis wajah sebenar sehingga ada menyangka seseorang itu tidak memakai pelitup muka. Idea itu tercetus apabila ramai yang mahu menonjolkan wajah sebenar mereka ketika bertemu orang lain meskipun perlu memakai pelitup muka.

Saya gunakan pelitup muka ini kerana tidak mahu kehilangan identiti diri saya,” katanya.

Jelasnya, penghasilannya cukup rumit apatah lagi perlu memastikan warna kulit dan bibir benar-benar sama agar ia nampak realistik apabila dipakai oleh tuannya.

Jorge memberitahu pada awalnya ramai merasakan pelitup muka itu sebagai lucu tetapi ramai turut memberikan reaksi positif apabila dia memuat naik gambarnya di laman sosial.

Baca juga:

Perlukah guna pelitup muka dalam kereta

Bau Najis &  Hanyir Sepanjang Masa, Antara Gejala Dialami Pesakit COVID-19

 

 

 

 

Sumber: inside edition

Written by: Ainaa


Previous post

Buletin

PM ucap takziah kematian Ahli Parlimen Gerik

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga mengucapkan takziah atas kematian Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman, hari ini. Muhyiddin menyampaikan ucapan itu menerusi hantaran dimuat naik di Facebook pada 8 malam ini. "Saya mendapat perkhabaran mendukacitakan bahawa Datuk Hasbullah Osman, Ahli Parlimen Gerik, Perak, baru sahaja meninggal dunia. "Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian insan tersayang," katanya.... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today16 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *